Thursday, February 5, 2009

Rakyat - Berkuasa atau tidak

Kecoh dan huru hara keadaan DUN Perak sekarang. Dengan pelbagai isu dan spekulasi bak ribut. Pelbagai pendapat dan cadangan di segenap blog-blog tentang aktiviti lompat melompat parti yang di lakukan oleh Yang Berhormat. Terdiam aku sekejap bila membaca bahawa 4 orang ADUN menyertai Barisan Nasional (BN) termasuk ADUN dari BOTA yang sekejap ke Pakatan Rakyat (PR) sekejap ke BN. Apakah helah atau taktik semua ini. Apa yang pasti aku tidak mahu tahu rencana dan perancangan ahli-ahli politik. Kerana padaku politik itu kotor apabila di selang seli dengan wang, tamak, dan penting diri.

Pada aku tidak kisah lah seramai mana ahli politik yang ingin main lompat melompat di dalam politik tetapi mereka harus sedar satu perkara. Mereka di pilih oleh rakyat. Jadi janganlah Yang Berhormat bertindak atas kemahuan diri tanpa memikirkan rakyat apabila bermain lompat melompat ini. Seperti yang kita lihat sekarang, seolah-olah rakyat tiada makna pada mereka bila membuat keputusan untuk bermain lompat melompat ini. Rakyat hanya penting pada mereka apabila ingin memenangi pilihanraya dan di angkat sebagai Yang Berhormat.

Aku juga rakyat, sama seperti pakcik-pakcik, makcik-makcik dan masyarakat yang lain. Aku juga rakyat yang sama membuang undi bagi memilih Yang Berhormat. Harap yang Berhormat tidak membuat keputusan mengikut kepentingan diri, kerana anda menjadi Yang Berhormat disebabkan kami!. Jika benar anda ingin bermain lompat melompat, bincang dan ajak la rakyat di bawah anda untuk bermain lompat melompat juga.

Pada hemat ak, pilihanraya semula perlu diadakan, kerana aktiviti melompat ini bukan yang dikehendaki oleh rakyat. Aku tidak kisah Yang Berhormat hendak bermain lompat melompat, tapi biarlah di perkenankan rakyat. Jangan lah menjadikan rakyat seperti patung, bila hendak di jaga, bila tidak perlu di buang. Atas dasar apa aku bercakap seperti ini, kerana tidak semua rakyat memilih pemimpin untuk diangkat sebagai Yang Berhormat kerana kepimpinannya. Tetapi lebih kepada parti politik.

Cadangan aku kepada Yang Berhormat yang ingin bermain lompat melompat supaya, letak jawatan. Biar satu pilihanraya yang baru diadakan di DUN Yang Berhormat dan Yang Berhormat bertanding disana semula. Bertanding bagi tiket parti politik Yang Berhormat yang baru. Ini dapat memberi keputusan samada pemilihan Yang Berhormat pada pilihanraya dulu disebabkan tokoh kepimpinan yang ada dalam diri Yang Berhormat atau sekadar parti politik yang di anggotai oleh Yang Berhormat.

Aku harap Yang Berhormat baca blog aku ini dan fikir-fikirkan.

Jangan lah Yang Berhormat angkuh dengan jawatan ADUN itu, kerana jawatan itu adalah hak rakyat. Yang Berhormat tiada hak untuk bermain lompat melompat kerana seolah-olah yang berhormat mempermainkan pemilihan rakyat..

Hidup Rakyat.. Bersuaralah Rakyat!..

Read More...