Showing posts with label pendapat ku. Show all posts
Showing posts with label pendapat ku. Show all posts

Thursday, November 13, 2008

PeNdAPaT Ku -SaJaK KeMAtiAN


Kepada yang belum melihat video sajak kematian ini bolehlah download disini
--->> --->> --->> --->> --->> --->> --->>



Hangat isu ini, isu sajak kematian. Wajar atau tidak penayangan dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran. Wajar atau tidak penayangan video ini terhadap golongan pelajar berusia antara 7-8 tahun seperti yang dilakukan di sebuah sekolah rendah. Pelbagai pihak telah memberikan pandangan, ada yang menyokong tidak kurang yang mempertikaikan penayangan video ini terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah. Pelbagai pendapat dari pelbagai latar belakang individu tercetus, dari seorang Prof Ir, bakal pendidik dari UPSi, blogger-blogger, timbalan menteri pelajaran, ibu bapa pelajar juga dari pakar psikiatri.

Sebelum saya mengulas atau memberi pendapat berkaitan sajak kematian atau video ini, eloklah kiranya saya memberi gambaran serba sedikit isi kandungan video ini. Di babak awal video memaparkan keranda diangkat keluar dari sebuah dewan dengan diketuai oleh seorang lelaki yang membawa kemenyan. Babak kedua mayat di masukkan ke dalam liang lahad berlatar belakangkan bunyi bacaan talkin di bacakan. Babak ketiga, memaparkan keadaan seolah-olah soal jawab diantara malaikat dan jenazah di alam kubur berlaku. Juga dapat di lihat seolah-olah seekor ular disebelah jenazah tersebut.

Sekali lihat video ini saya teringat sebuah kaset yang masih saya ingat tajuknya, kaset terbitan Al-Arqam bertajuk Kelahiran. Pengisiannya sama cuma berbeza medium penyampaian, satu menggunakan media bunyi sahaja, dan satu lagi menggunakan media bunyi dan video. Kaset yang membuatkan saya takut pada waktu tersebut bila mendengarnya, kaset yang membuatkan hati berdebar dan mengingati mati serta Pencipta.

Berbalik kepada isu, wajarkah video ini di tayangan untuk tontonan pelajar berusia 7-8 tahun. Walaupun menteri pelajaran Malaysia telah mengarahkan pemberhentian penayangan video ini, namun pada hemat saya tidak salah ianya di perbincangkan. Secara invidivu, saya menyokong penggunaan video ini dalam pembelajaran dan mengingatkan insan terhadap Pencipta. Namun ada kekurangan di sebalik pelaksaannya, menayangkannya kepada pelajar berusia 7-8 tahun adalah sangat tidak wajar.

Pelaksaannya pedagoginya bermakna dan tepat bagi pelajar kerana menggunakan alat bantu belajar yang efektif namun dari konsep psikologinya terdapat sedikit kekurangan. Pada peringkat psikologi pelajar berusia begini tidak seharusnya didedahkan dengan video seumpama ini.Berdasarkan Teori Tugas Perkembangan yang dikemukakan oleh Havighurst pada tahun 1972 usia pelajar pada umur 6-12 tahun di kenali sebagai middle childhood. Terdapat beberapa ciri yang ditekankan di dalam teori ini antaranya ialah membina suara hati, moral dan nilai-nilai murni, kearah personal independence atau berdikari dan mempelajari teknik-teknik fizikal bagi permainan biasa. Jika diamati dari teori perkembangan ini adalah tidak wajar pengisian video yang terlalu berat dan mendalam isinya untuk diterima oleh pelajar pada usia tersebut.

Dalam domain kognitif yang dikemukakan di dalam Taxonamy Bloom oleh Bloom pada tahun 1956 menyatakan hasil pembelajaran dikhususkan kepada jenis keperluan tahap proses pemikiran pelajar tersebut dari yang mudah kepada kompleks. Pemecahan kepada pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jika dilihat kepada situasi dan umur pelajar, di tahap manakah pelajar-pelajar berusia 7-8 tahun ini. Pengetahuan mungkin ada kerana ilmu diberikan, tapi tidak semua apa yang hendak sampaikan akan dapat difahami oleh pelajar yang berusia begini. Apa yang ada di dalam benak kepala mereka hanya kelihatan keranda diusung, ada asap-asap, mayat di tanam dan ada suara bercakap-cakap. Tapi faham atau tidak mereka apa yang disampaikan.

Isu pemahaman atau isu tidak sesuai dengan perkembangan mungkin boleh diatasi dalam waktu yang singkat, namun bagaimana pula dengan isu pelajar berasa takut. Takut dengan suara, takut dengan mayat, takut dengan keranda. Tidak ada masalah jika takut dan risau tapi faham hujung pangkalnya, tapi pelik kiranya jika takut hanya kerana melihat objek-objek tersebut tanpa sebarang pemahaman. Ketakutan dan kerisauan di anggap penghalang kepada pembelajaran. Menurut Morris (1988) ‘kebangkitan’ (arousal) yang serius akan mengakibatkan kemerosotan terhadap prestasi pelajar. Ketakutan memerlukan masa yang panjang untuk diatasi dan kadang-kadang menghantui pelajar bagi tempoh masa yang lama.

Kepada pendidik-pendidik serta bakal-bakal pendidik gunakan saluran yang sepatutnya untuk mendidik. Nilailah pedagogi anda dan nilailah psikologi pelajar-pelajar anda sebelum anda membuat sebarang kesilapan dalam pengajaran. Janganlah anda menganggap pelajar adalah bahan eksperimen seperti mana yang dilakukan oleh kementerian dengan menggunakan bahasa inggeris dalam matematik dan sains. Seterusnya menjauhkan jurang diantara golongan yang mahir inggeris dan tidak mahir inggeris dalam penguasaan matematik dan sains.


~Mendidik dengan terdidik dapat mengajar insan belajar~

Read More...

Thursday, October 16, 2008

PiLihaN RaYa KamPus..

Pejam celik,dah setahun MPP lama memegang tampuk kepimpinan kampus, tapi hasilnya kepada pelajar tidak kelihatan. MPP lama hanya tahu menjilat jubur HEP dan pentadbiran (maaf mengunakan bahasa yang agak kasar kerana terlalu bengang dengan sikap mereka). Pemilihan MPP baru akan dijalankan pada 22/10. Di harapkan tiada unsur-unsur ketidak adilan berlaku. Diharapkan penggunaan undi electronik atau E-vote tidak diadakan lagi, kerana terlalu jelas ketidaktelusan pihak pengurusan. Semoga MPP baru yang akan dipilih tidak mengulangi kesilapan MPP sebelum ini. Diharap mereka lebih tahu untuk bekerja membantu kebajikan pelajar. Menjadi seorang pemimpin sangt susah, aku teringat satu ayat Quran,

"Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul dan Taatlah kamu kepada pemimpin kamu".

Pemimpin adil dan bekerja dengan baik wajar disanjung, pemimpin yang korupsi wajar disanggah. Pemimpin yang taat kepada ajaran agama adalah pemimpin yang terbaik. Tidak kira agama apa sekali pun yang di anuti pemimpin tersebut, kerana tiada agama di dunia ini yang menyuruh umatnya berbuat jahat. Jadi kepada rakan-rakan yang akan mengundi, jangan hanya mengundi berdasarkan wajah dan rupa, turun lah mendengar manifesto, kerana manifesto adalah janji, dan janji adalah apa yang kita berhak tuntut dan akan di soal di akhirat bg yang berjanji. Pilihlah pemimpin yang tepat supaya hak anda tidak di pijak.

~~kepimpinan bukan seperti ketam jalannya~~

Read More...

Thursday, October 9, 2008

sikap pelajar @ pengurusan akademik

waaaa..banyaknya kerja perlu disiapkan.

Kenapa lah sistem pendidikan di Malaysia samada di peringkat sekolah atau universiti banyak memberi tekanan kepada pelajar.

Adakah sebab tidak mampunya pelajar membahagi masa dengan bijak atau terlalu banyak kerja kursus atau tugasan serta laporan-laporan yang perlu disiapkan.

Atau pun adakah di sebabkan oleh sistem yang hanya tahu memberi tugasan tanpa menghiraukan apa yang dialami dan dirasai oleh pelajar.

Tekanan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar terutama pelajar universiti cukup ketara. Tugasan-tugasan yang perlu dihantar sebelum peperiksaan akhir bermula.

Selesai tugasan di hantar, selesai satu tekanan, bermula satu lagi tekanan, tekanan peperiksaan. Bilakah pelajar ingin mengulangkaji andai minggu ulangkaji ( study week ) di penuhi dengan menyiapkan tugasan.

Mungkin pihak pengurusan akademik mampu mengubahnya untuk kebaikan semua pihak.

Mungkin susah untuk memuaskan hati semua pihak, tapi biarlah keputusan tersebut adalah keputusan menang-menang, bukannya keputusan berpihak kepada sebelah pihak.

samalah kita berfikir,kerana hal ini akan terus berlaku setiap semester..

Read More...