Wednesday, December 31, 2008

MeNtaLLiTi..


Sudah lama aku menyepi dari dunia blog ini. Hampir sebulan lebih agaknya. Maaf lah ye, laptop bermasalah, chipset void. Lagipon tiada internet di rumah untuk membenarkan aku mengemaskini blog ini. Selamat datang tahun baru 1430 Hijrah/ 2009 dan selamat tinggal kenangan dan pengalaman 1429Hijrah/2008. Tahun sudah berubah namum berubahkah kita. Berubahkah suasana atmosfera masyarakat kita. Berubahkah mentalliti makhluk yang bergelar insan. Berubah?? Baguslah andai itu jawapannya, namun kearah paksi manakah perubahan itu, semakin menjadi insan atau berkurang sifat insan itu.

Berada di tiga buah negeri pada waktu cuti membuatkan aku berfikir dan termenung sejenak. Memikir dan menilai sejauh manakah mentalliti dan budaya mempengaruhi sikap remaja. Sejauh manakah ia mempengaruhi rasa tanggungjawab remaja. Kelantan, Terengganu dan Kedah, tiga negeri yang aku perhatikan. Terdapat satu pola dan trend yang nyata kesamaannya. Pengaruh budaya dan mentaliti barat banyak merosakkan tonggak dan pelapis kepimpinan negara pada masa ini.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mentaliti dan budaya apakah yang telah berubah dalam masyarakat sekarang. Hendak terima atau tidak apa yang aku tuliskan disini terpulang kepada pembaca. Tetapi ini lah kenyataan yang harus di telan oleh generasi kepimpinan negara sekarang. Budaya penzinaan yang tiada hujungnya. Percayakah anda andai aku sebutkan bahawa ada di kalangan remaja perempuan Malaysia yang telah hilang dara seawal usia 14tahun pada masa sekarang. Benar! Aku tidak gila dan masih waras semasa menaip kenyataan di atas. Di ulang pada usia 14 tahun. Susah hendak diterima akalkan. Tapi inilah kenyataan, realiti dan situasi yang berlaku.

Aku berkawan dengan kutu-kutu rayau, mat-mat rempit, mat-mat kereta serta kaki samseng sepanjang pemerhatian aku di tiga negeri ini. Terkejut tanpa kata, setiap hari ada saja gadis-gadis yang membonceng dan menumpang kereta. Lewat malam hilang entah kemana, keesokannya bercerita tentang gadis yang ditewaskan. Pelik, berbangga dengan kejahatan. Tanda-tanda akhir zaman. Sambil lepak-lepak dengan mereka, aku bertanya kepada seorang kawan kepada lelaki yang membawa gadis itu.

“Awek tu umur brapa?”.

“14tahun, buka ni PMR”. Dengan selamber tanpa segan .Wow! Sebegitu muda sudah mampu berfikiran sempit seperti ini.

Kepala akalku ligat berfikir,celaru. Kemanakah hilangnya kuasa institusi keluarga dalam mengawal dan mendidik anak-anak. Apakah ibu bapa sudah hilang taring dalam mengawal psikologi anak-anak.

“zaman sekarang pompuan ramai yang tak ada dara, anak uztaz pon belum tentu ada dara”

Terkejut aku dengan ayat Mat Lembu ( nama gelaran mamat ni). Hati kecik aku berkata, memang lah ramai yang tidak ada dara kalu wujudnya manusia pemecah dara mcm korang. Yang lelakinya ligat mencari mangsa, yang perempuannya mudah hanyut. Sebab apa ek??adkah sebab teknologi?samada telefon bimbit yang mampu dimiliki walaupun masih di darjah 6 atau pun media hiburan yang melampau di negara ini. Renungkan.

Mungkin isu ini amat sensitif bagi yang tidak sedar tapi inilah yang berlaku. Ini baru aku sentuh soal pergaulan lelaki dan perempuan yang berleluasa sehingga penzinaan seawal usia 14 tahun. Belum lagi disentuh soal penggunaan bahan-bahan yang mengkhayalkan dan isu clubbing dan pub. Maaf andai yang tidak setuju dengan pandangan dan pemerhatian yang aku tuliskan. Just drop your comment andai kata andai mempunyai pandangan yang berbeza atau sama dengan aku.


~~mentalliti mencermin peribadi~~


No comments: