Banyak orang bercakap tentang sistem pendidikan di
Tanpa sedari sudah 6 tahun sistem pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia berubah, perubahan bahasa perantaraan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun lepas dan pelajar-pelajar UPSR tahun ini adalah penanda aras terhadap keputusan kerajaan dalam pelaksanaan sistem ini. Mereka dilihat sebagai penanda aras kerana lepasan SPM tersebut adalah kumpulan pertama yang mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari Tingkatan Satu dan pelajar UPSR tahun ini mempelajari dari Darjah Satu. Selepas keputusan SPM tahun lepas diumumkan terlalu banyak bantahan di kemukakan oleh pelbagai pertububuhan pendidikan supaya kerajaan mengambil langkah berundur dari keputusan yang di buat.
Ini berlaku kerana kualiti keputusan peperiksaan mereka amat mendukacitakan. Mungkin ada yang menyatakan kenyataan ini salah, namun sedar lah bahawa graf SPM boleh diubah supaya banyak bilangan pelajar yang mendapat keputusan A. Nilailah kualiti bukannya kuantiti, andai ramai yang dapat gred A bukan merujuk kepada kecemerlangan. Ujilah lepasan SPM lepas, anda akan lihat betapa lemahnya mereka dalam Sains dan Matematik, kerana kurang faham dalam pembelajaran. Kenapa kerajaan menjadikan masa depan pelajar sebagai eksperimen samada PPSMI mampu di laksanakan atau tidak. Terlalu kolotkah jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran?. Terdapat beberapa sebab kenapa perlunya kerajaan mengubah kembali sistem pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Malaysia semula.
Sila rujuk http://pendetaal-hikmah.blogspot.com/ untuk membaca sebab-sebab tersebut.
Namun, saya dengar ura-ura menyatakan bahasa malaysia akan digunakan semula. Seorang guru memberitahu saya, beliau sedang menyiapkan buku teks dalam bahasa malaysia. Semoga ini mampu melahirkan pemimpin negara yang bijak Sains dan Matematik dan bersemangat patriotisme dalam memperjuangkan bahasa.
1 comment:
Yup. tak semua pelajar mampu belajar dalam BI. ibaratnya, membunih saintis, doktor, jurutera dan pakar2 sains dan teknikal bangsa Melayu. bukan nak bercakap tentang perkauman. tapi tu la hakikatnya. semacam usaha mengurangkan bilangan cerdik pandai melayu. contoh mudah. memansuhkan pembelajaran jawi kat sekolah sekitar 70-an dulu (rasanya). hasilnya sekarang. ramai yg buta jawi. aku pun merangkak. huhuhu. sekolah yang kuat fight nak kekalkan dalam BI- bukit damansara. anak datuk, org kaya2 ni bole la. huh. sakit ati weih!!!
Post a Comment