Friday, November 21, 2008

LapTop ProBlem

laptop aku bermasalah.

perhatian kepada semua rakan-rakan bloggers, minta maaf ku pohon kerana blog ini terpaksa di rehatkan sementara.Ini disebabkan masalah pada laptop aku. Plug tiada masalah, wayar tiada masalah, tapi bila cucuk masuk di laptop trus bermasalah..waaaaa

Read More...

Thursday, November 20, 2008

20 NoVemBer 1986

Hari ini aku teringat satu tarikh. Tarikh penting dalam keluarga aku. Tarikh yang mewujudkan sebuah keluarga. Tarikh 20 November 1986. Kepada ayahku Yusoff B Mat Nor dan makku Hanisah Bt Ali, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE- 22. Anak-anak permata hati mu seramai 7 orang iaitu:-

  • Ahmad Kamil(kayjogja)
  • Ahmad Kamal
  • Abdul Rahman
  • Siti Hajar
  • Siti Aishah
  • Abdul Rahim
  • Siti Khadijah

mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan mak abah. Semoga mak dan abah bahagia sampai ke akir hayat. Kami doakan hidup mak dan abah diberkati dan dirahmati didunia dan akhirat. Kami anak-anakmu memohon maaf di atas semua kesalahan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang kehidupan kami. Terima kasih kami luahkan atas pengorbanan mak abah dalam membesarkan kami semua 7 beradik. Jasa mak dan abah hanya Allah yang mampu membalasnya. Tiada wang ringgit yang mampu membayarnya, tiada kata yang mampu melangkaui ucapan, tiada keringat yang cukup untuk balasan jasa mu mak abah. Ya ALLAH, Engkau kasihini lah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihi ku sewaktu kecil. Permudahkan urusan mereka Ya ALLAH, sesungguhnya mereka telah mengasihi aku dan adik-adikku dengan penuh kasih saying dari rahim ibu lagi Ya ALLAH.

Masihku ingat lagi jasa mak dan abah dalam membesarkan kami tujuh beradik. Bagaimana ayah membanting tulang empat kerat dan memerah keringat serta ibu yang bersengkang mata bagi membolehkan anak-anak mendapat sesuap nasi. Bagaimana abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan dalam menampung perbelanjaan rumah. Tidak cukup dengan gaji dari pekerjaan tetap, abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sambilan. Siangnya di tempat kerja tetap, malamnya bekerja sambilan sebagai penjaga pam stesen minyak. Berapa sangatlah gaji sebagai penjaga pam minyak sementara, tapi abah sanggup demi memenuhi kehidupan anak-anak dengan kesempurnaan. Pernah abah membuat kerja sambilan apabila sudah habis waktu kerja tetapnya sebagai pembantu restoran. Membakar sate dan memgambil pesanan di restoran.

Dari pukul enam pagi abah bangun untuk ke tempat kerja tetapnya, pulang pada pukul tiga petang Pukul lima petang abah sudah berada di restoran milik kawannya bagi melakukan kerja sambilan. Pulang kerumah di awal pagi, hampir pukul tiga pagi setiap hari. Itulah rutin ayahku dalam membesarkan anak-anaknya untuk beberapa tahun. Tidak cukup tidur bukan perkara luar biasa bagi ayahku. Setiap hari ayahku hanya melelapkan mata kurang dari enam jam. Pengorbanan ayahku dari segi keringat dan tenaga cukup ku hargai, pernah satu ketika motosikal buruk abah rosak sewaktu pulang dari kerja di restoran. Dengan keadaan badan yang letih dan mata mengantuk, abah terus menolak motor sampai kerumah. Tidak ditanggalkan motor itu di tepi jalan, biar pon buruk tapi jasanya tinggi. Perkara yang paling menyentuh hati aku, apabila abah tidak cukup duit untuk baiki motor, motor yang menjadi penyumbang bakti dalam keluarga. Hendak tidak hendak dengan rasa segan abah meminjam wang dari kawan-kawan bagi membaiki motor. Abah hilangkan rasa segan bagi sesuap rezeki anak-anak.

Ibu, masih ku ingat bagaimana mata mu bengkak, bagaimana tidur malammu terganggu dek kerana demi mencari rezeki. Susuk tubuhmu menjadi bukti gigihnya usahamu dalam memastikan perut kami terisi. Di kala aku dan adik-adik tidur, mak bangun di awal pagi. Dari pukul dua pagi sehingga subuh ibu bersengkang mata. Menyiapkan tempahan kueh yang di pesan. Andai tiada tempahan yang diterima, rezeki kueh dari air tangan ibu tidak menentu, adakalanya senyuman yang dibawa dek kerana habis terjualnya kueh. Tapi tidak pula kurangnya bekas masih penuh berisi kueh yang tidak habis dijual. Tapi ibu tidak pernah jemu, tidak pernah rasa letih dalam mencari rezeki untuk anak-anak.

Tidak pernah aku dan adik-adik terdengar rungutan dari mak dan abah dalam membesarkan kami. Tidak pernah mak dan abah melahirkan rasa menyesal melahirkan kami. Biarkan mereka terpaksa berusaha keras dalam membesarkan kami, tapi mereka tidak pernah merungut. Keperluan mereka tidak pernah didahulukan, anak-anak yang menjadi keutamaan. Pernah aku lihat bagaimana ibu masih memakai t-shirt lusuh yang sudah pudar warnanya tapi tidak pernah lupa untuk membeli pakaian untuk anak-anak. Ibu alergik dengan ayam, tidak boleh langsung makan ayam, tapi ak terharu dan tersentuh, rasa sebak apabila satu hari makanan yang di masak oleh ibu hanya ayam semata-mata. Apa yang ibu hendak makan jika hanya ayam semata-mata. Aku sedar masalah kewangan menjadi kekangan menyebabkan ibu hanya menyediakan satu lauk sahaja. Ayam adalah kegemaran adik-adik ku. Aku pelik dan melihat ibu dar jauh, apa yang ibu hendak makan jika lauknya hanya ayam. Aku lihat ibu merebus pucuk ubi. Ya ALLAH, ibu hanya memakan nasi berlaukkan pucuk ubi. Di celurnya pucuk ubi, dimakan bersama nasi.

Mak abah andai anak-anakku mu ini menyakiti hati mu, menyebabakan kalian kecewa, maafkan diri ini!. Terlalu besar dosa anakmu ini andai menderhaka kepada kalian. Menderhaka kepada insan yang menjaga diri ini dari kecil, berjaga di tengah malam ketika sakit demam. Semoga mak dan abah dirahmati oleh ILAHI. Mak, long sayang mak!.

~~keberkatan penjejak kejayaan~~

Read More...

Monday, November 17, 2008

NeW pRoGrEsS..



Hari ini aku nak buat pembaharuan sikit terhadap tujuan pelawat melawat blog ini. Kalau sebelum ini mungkin hanya untuk baca atau hendak lihat tuan empunya blog ini kemaskini blog atau tidak. Namun hari ini aku akan mempelbagaikan lagi tujuan anda ke blog ini. Sebagai penggemar software-software terbaru tidak salah kiranya aku berkongsi dengan pengunjung blog ini. Kerana aku tahu ada dikalangan pengunjung yang minat terhadap software-software ini. Jadi langkah permulaan aku dalam perkongsian software ini, aku telah buat satu blog khas untuk request/permintaan apa-apa software yang pengunjung hendak. Jangan lupa tinggalkan email setelah di sertakan permintaan, ini bagi memudahkan anda dihubungi apabila aku sudah muatnaik/upload software tersebut. Software-software ini telah di uji dan telah terbukti semua keygen atau key generator dan crack yang diberi dapat digunakan. Doakan agar dapat Allah memberi ruang dan waktu agar dapat aku siapkan blog untuk movie pula =).

Aku menggunakan sistem download Ziddu yang mana lebih senang dan praktikal untuk digunakan. Sistem ini tidak mengehadkan pengguna untuk mendownload sebanyak mana bahan dalam satu-satu masa berbanding RapidShare, MegaUpload, File Factory atau EasyUpload.

Link untuk ke blog software aku. Jangan segan silu untuk request, tinggalkan sahaja request anda di ruang comment utk post paling terbaru kerana blog ini dalam proses penambahbaikan.

Read More...

Sunday, November 16, 2008

pErMinTaAn KaWanKu...

Rupanya UPSI ada Canselor baru ke??. Jangan terkejut, ini bukan Canselor baru, malah bukan Naib Canselor UPSI yang baru. Tiada sebarang perubahan dalam jawatan-jawatan tersebut. Tapi inilah bukti blog ini di baca. Seorang rakanku telah buat permintaan kepadaku. Kukira permintaanya pelik. Tapi tidak mengapa wahai rakanku, aku tetap menunaikan permintaanmu.

"Mil, ko tak update blog ke?"

"Tak sempat la, malam semalam aku masuk kem, kol 6pagi baru balik"

"Ko masukkan la gambar aku dalam blog ko"

"Hah! pelik betul ko ni, tetiba je nak aku masukkan pic ko"

"Ala, dengan member-member pon berkira ke?"

"Ok Ok, ko sent gambar ko kat ym aku, malam ni aku masukkan"

Aku ingatkan gambar apa yang dia akan bagi, rupa-rupanya gambar ini. Rasanya pelajar UPSI semester 5 kenal wajah ini. Kalau tidak kenal, jangan segan untuk bertanya kepada rakan-rakan jurusan Kimia semester 5.

permintaan anda di tunaikan wahai saudara ***** (nama di rahsiakan)

Read More...

Saturday, November 15, 2008

aku kena tagged for 1st time..


hohohooh..aku kena tagged..aku ingatkan aku takkan kena tagged..rupanya ada orang nak tagged aku..dah la tagged yang berkaitan jiwang-jiwang..alasannya sebab dalam blog aku tak penah da post jiwang..hahaha...hilang macho aku kejap..

untuk Cik TASHABELLA, aku tunaikan tagged anda..hehehe..

PERIHAL 7 jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP…

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

* Ada asas agama yang kukuh, sbb aku ni biasa je
* Think for da future
* Independent, tak terlalu bergantung.
* Memahami aku.
* Berkeyakinan tinggi
* Tidak mudah gelabah bila tertekan
* Yang tak halang aku pergi camping (aku kaki camping..hohoho)


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
Perghhh..soalan ini killer question, hilang macho aku. haahaha

* My Mom, Hanisah Bt Ali ( I miss u mom)
* Maya Karin (tapi dah jadi bini orang)
* Nurjuma (dah jadi isteri orang gak la)
* Cikgu Hazniza (cikgu add math aku dulu, pernah cubit aku sebab aku malas)
* My Grandma (ibu tunggal yang betul-betul tabah)
*Farra Deeba (Pengacara Akademi Quran)
*..................................(nama dirahsiakan..hohohohoo)

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

*Badan dah tidak stabil
*Susah nak bercakap (aku ni pemalu dengan pompuan :P)
*Tangan aku tak kan diam dok main pen @ kunci
*Bla bercakap aku tak tenung mata- gabra..hahahaha
*Berjalan macho, nak cover gelabah..hahaha
*Makan buat macam biasa, tapi kna control gak, takut ayam terbang..hohoho
*Mata tengok keliling kot-kot kantoi dating dengan member-member..hahaha

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

* Puncak Gunung..aku kan kaki camping..hahahaha
* Lepak tepi pantai..
* Australia coast..:P
* KLCC..istimewa ke??hahaha
* Dewan Kuliah (hahaha..dah macam ajak stdy je..hahaha)
* Kat umah aku kot, jumpa parent aku..hohoho
* Xtau dah..masjid leh x?..kawin terus..hahahaha

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

* Make up (pompuan kan suka makeup..hahaha)
* Wallet
* Baju yang da muka aku and dia..hahaha
* Teddy Bear
* My Diary (sejak bila aku ada diary)
* Tudung :P
* Pen

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

* Cintamu
* You are my everything
* Lemak Manis (lagu rakyat tu)
* Perhaps, perhaps, perhaps
* lagu lain2 ak tak nak nyanyi, kang hujan plak susah..hohooho
*
*

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.

* budak putih
* yusra @ aya
* sam @ zulfadly
* nadirah @ nad
* akma @ mcma
* azwaa
* afiti


kepada yang kena tagged..selamat menjalankan tugas..jalan salahkan aku sebab anda ditagged..kerana aku pon kena gak...hohohoho


Read More...

Thursday, November 13, 2008

JeLaSkAn MaTLamAt...

“Matlamat tidak menghalalkan cara”


Masih terngiang-ngiang dalam benak kepala aku. Kata-kata seorang warden aku dan kawan-kawan. Kejadian yang hampir 5 tahun berlalu, tapi aku masih ingat dengan jelas. Nama warden perempuan itu pun aku masih ingat Cik Norlia atau Cikgu Norlia. Kesalahan aku dan kawan-kawan cuma kecil, bersembahyang isyak awal sewaktu masa PREP (preparation- istilah biasa bagi pelajar asrama merujuk kepada waktu ulangkaji, samada pada waktu petang atau malam) malam.

Sedang aku asyik membelek-belek buku, rutin biasa aku pada waktu PREP, orang lain ulangkaji, aku sibuk menyibukkan diri konon-konon sedang ulangkaji juga. Tetiba “Light Off!”. Bukan suara warden suruh padam lampu, masih awal, baru pukul 9.00 malam. Light Off sebenarnya nama gelaran aku di sekolah, sebenar ada beberapa nama gelaran yang aku dapat di sekolah dulu, macam mana dan kenapa aku di panggil Light Off nanti aku ceritakan.

“Awatnya Mat Jap?”, balas aku. Mat Jap ini pun gelaran juga, di panggil sempena nama ayahnya, Mat Jap.

“Jom pi surau sembahyang isyak dulu”, kata Mat Jap. Mat Jap ini memang jenis manusia Islamic sikit.

“Boleh pi ka time ni, kantoi ngan warden satgi”, jawab aku, macam skema, tapi sebenarnya aku tidak ulangkaji pun masa itu.

“Jom lah”, desak Mat Jap sambil tarik tangan aku.

Kami pon bergerak pergi surau. Selesai ambil wuduk aku lihat beberapa orang sedang ulangkaji di surau. Kami terus bersolat, sedang dalam rakaat ketiga, aku terdenagr bunyi orang berlari. Terdengar suara orang menjerit cikgu norlia dating. Kami yang sedang bersolat tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak mungkin kami nak berhenti sembahyang dan melarikan diri dari dia. Tetiba suasana sunyi sepi. Kami teruskan solat, selesai saja bagi salam pertama, aku terpandang wajah cikgu norlia di sebelah kanan surau. Muka menakutkan, dengan tangan di cekak di panggang. Selesai saja Mat Jap membaca doa, kami di panggil.Aktiviti brainwash oleh cikgu Norlia bermula. Sesi soal jawab berlangsung, sepatah demi sepatah jawapan kami. Penutup brainwash itu yang aku betul-betul ingati.

“Tidak salah kamu bersolat awal, memang digalakkan di dalam Islam, tapi kamu perlulah menurut peraturan yang di tetapkan. Ingat , matlamat tidak menghalalkan cara”

Pedih sungguh ayat itu, namun memberi kesan positif. Terima kasih cikgu. Baru sekrang aku sedar dan berbangga mempunyai guru-guru seperti kalian. Aku bangga kerana aku juga bakal bergelar pendidik. Doakan anak didikmu ini berjaya mendidik tunas harapan bangsa menjadi pemimpin yang berguna.


Read More...

TaHNiaH KpD AdiKku

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah..

Tahniah kepada adikku Siti Aishah kerana berjaya dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat 5A. Semoga ini menjadi titik permulaan bagi mencorak kehidupan masa depanmu.

Tahniah..aku bangga menjadi abangmu..

Read More...

PeNdAPaT Ku -SaJaK KeMAtiAN


Kepada yang belum melihat video sajak kematian ini bolehlah download disini
--->> --->> --->> --->> --->> --->> --->>



Hangat isu ini, isu sajak kematian. Wajar atau tidak penayangan dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran. Wajar atau tidak penayangan video ini terhadap golongan pelajar berusia antara 7-8 tahun seperti yang dilakukan di sebuah sekolah rendah. Pelbagai pihak telah memberikan pandangan, ada yang menyokong tidak kurang yang mempertikaikan penayangan video ini terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah. Pelbagai pendapat dari pelbagai latar belakang individu tercetus, dari seorang Prof Ir, bakal pendidik dari UPSi, blogger-blogger, timbalan menteri pelajaran, ibu bapa pelajar juga dari pakar psikiatri.

Sebelum saya mengulas atau memberi pendapat berkaitan sajak kematian atau video ini, eloklah kiranya saya memberi gambaran serba sedikit isi kandungan video ini. Di babak awal video memaparkan keranda diangkat keluar dari sebuah dewan dengan diketuai oleh seorang lelaki yang membawa kemenyan. Babak kedua mayat di masukkan ke dalam liang lahad berlatar belakangkan bunyi bacaan talkin di bacakan. Babak ketiga, memaparkan keadaan seolah-olah soal jawab diantara malaikat dan jenazah di alam kubur berlaku. Juga dapat di lihat seolah-olah seekor ular disebelah jenazah tersebut.

Sekali lihat video ini saya teringat sebuah kaset yang masih saya ingat tajuknya, kaset terbitan Al-Arqam bertajuk Kelahiran. Pengisiannya sama cuma berbeza medium penyampaian, satu menggunakan media bunyi sahaja, dan satu lagi menggunakan media bunyi dan video. Kaset yang membuatkan saya takut pada waktu tersebut bila mendengarnya, kaset yang membuatkan hati berdebar dan mengingati mati serta Pencipta.

Berbalik kepada isu, wajarkah video ini di tayangan untuk tontonan pelajar berusia 7-8 tahun. Walaupun menteri pelajaran Malaysia telah mengarahkan pemberhentian penayangan video ini, namun pada hemat saya tidak salah ianya di perbincangkan. Secara invidivu, saya menyokong penggunaan video ini dalam pembelajaran dan mengingatkan insan terhadap Pencipta. Namun ada kekurangan di sebalik pelaksaannya, menayangkannya kepada pelajar berusia 7-8 tahun adalah sangat tidak wajar.

Pelaksaannya pedagoginya bermakna dan tepat bagi pelajar kerana menggunakan alat bantu belajar yang efektif namun dari konsep psikologinya terdapat sedikit kekurangan. Pada peringkat psikologi pelajar berusia begini tidak seharusnya didedahkan dengan video seumpama ini.Berdasarkan Teori Tugas Perkembangan yang dikemukakan oleh Havighurst pada tahun 1972 usia pelajar pada umur 6-12 tahun di kenali sebagai middle childhood. Terdapat beberapa ciri yang ditekankan di dalam teori ini antaranya ialah membina suara hati, moral dan nilai-nilai murni, kearah personal independence atau berdikari dan mempelajari teknik-teknik fizikal bagi permainan biasa. Jika diamati dari teori perkembangan ini adalah tidak wajar pengisian video yang terlalu berat dan mendalam isinya untuk diterima oleh pelajar pada usia tersebut.

Dalam domain kognitif yang dikemukakan di dalam Taxonamy Bloom oleh Bloom pada tahun 1956 menyatakan hasil pembelajaran dikhususkan kepada jenis keperluan tahap proses pemikiran pelajar tersebut dari yang mudah kepada kompleks. Pemecahan kepada pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jika dilihat kepada situasi dan umur pelajar, di tahap manakah pelajar-pelajar berusia 7-8 tahun ini. Pengetahuan mungkin ada kerana ilmu diberikan, tapi tidak semua apa yang hendak sampaikan akan dapat difahami oleh pelajar yang berusia begini. Apa yang ada di dalam benak kepala mereka hanya kelihatan keranda diusung, ada asap-asap, mayat di tanam dan ada suara bercakap-cakap. Tapi faham atau tidak mereka apa yang disampaikan.

Isu pemahaman atau isu tidak sesuai dengan perkembangan mungkin boleh diatasi dalam waktu yang singkat, namun bagaimana pula dengan isu pelajar berasa takut. Takut dengan suara, takut dengan mayat, takut dengan keranda. Tidak ada masalah jika takut dan risau tapi faham hujung pangkalnya, tapi pelik kiranya jika takut hanya kerana melihat objek-objek tersebut tanpa sebarang pemahaman. Ketakutan dan kerisauan di anggap penghalang kepada pembelajaran. Menurut Morris (1988) ‘kebangkitan’ (arousal) yang serius akan mengakibatkan kemerosotan terhadap prestasi pelajar. Ketakutan memerlukan masa yang panjang untuk diatasi dan kadang-kadang menghantui pelajar bagi tempoh masa yang lama.

Kepada pendidik-pendidik serta bakal-bakal pendidik gunakan saluran yang sepatutnya untuk mendidik. Nilailah pedagogi anda dan nilailah psikologi pelajar-pelajar anda sebelum anda membuat sebarang kesilapan dalam pengajaran. Janganlah anda menganggap pelajar adalah bahan eksperimen seperti mana yang dilakukan oleh kementerian dengan menggunakan bahasa inggeris dalam matematik dan sains. Seterusnya menjauhkan jurang diantara golongan yang mahir inggeris dan tidak mahir inggeris dalam penguasaan matematik dan sains.


~Mendidik dengan terdidik dapat mengajar insan belajar~

Read More...

Wednesday, November 12, 2008

KuASa @ PoWer




"Mee Kari"

"Nasi Ayam"

"Char Koteow"

"Rojak Mee satu"

"Tea Ais satu"

"Milo Ais kaw satu"

"Sirap Limau Ais satu"

"Roti Planta satu"

"Roti Kosong dengan Roti Telur, campur sekali ek"

"Bang jap. ABC satu, cendol dua"

Selesai menjawab peperiksaan TBC 3012 atau Coswer Development in Biology semalam aku dan kawan-kawan bergerak ke Karim Corner. Tempat kegemaran menghilangkan tekanan menjawab soalan.

Wah, banyak sungguh!. Banyak sungguh pesanan makanan. Memang betul-betul lapar ni. Dengan kekuatan ahli meja seramai hampir 9 orang, semua makanan di habiskan. Kemudian mesyuarat tidak formal diadakan. Mesyuarat ke?? tidaklah, sekadar berbual-bual kosong.

Tetiba sahabatku membelek akhbar Utusan sambil membaca berita bertajuk "Obama sedia menutup Guatanamo Bay". Dengan spontan berkata,"baguslah ditutup kerana tidak seharusnya diwujudkan tempat tahanan seperti itu. Penahanan tanpa pembicaraan adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan". Kemudian dia menambah, "harap-harap lepas ini Obama betul-betul lah menutup Guatanamo, nama pun president Amerika, jangan jadi macam Bush"

"Ye la, president ini ada kuasa, apa yang di arah wajib di buat oleh Exco dan orang-orang bawah",sambung seorang lagi sahabat ku sambil menjeling ke arah Farouk, sahabatku yang memegang jawatan president sebuah kelab di UPSI.

Benarkah presiden, pengerusi, pesuruhjaya atau ketua mempunyai kuasa veto. Kuasa memilih dan kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman?. Presiden wujud dan dilantik dengan persetujuan dan undian dari majoriti ahli, jadi wajarlah president mempunyai kuasa memilih. Tapi seperkara penting yang harus di ingat, tiada konsep pilih bulu bila bergelar ketua. Tidak perlu wujudkan pasukan kroni, pasukan kipas bos atau pasukan mengampu bos, ketua harus sedar peranan dan tanggungjawabnya. Ahli yang berjasa disanjung, yang sepi diketepikan. Dalam perjuangan jangan dikira kaum kerabat, andai kaum kerabat tidak berjasa, ketepikan. Biar insan yang ingin berjsa teruskan perjuangan. Inilah lumrah ketua, bekerja sepenuh hati tanpa mengira ahli, berkhidmat demi kebaikan dan kemajuan sesuatu organisasi.

Kuasa-daya, kemampuan, kudrat, keupayaan, tenaga, kesanggupan, minat, hak, wibawa, pengaruh, mandat, perintah, curahan, amanah, keagungan, kawalan, ketahanan, ketabahan, karisma, kekuatan, graviti, tekanan -Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)-


~insan tulus di angkat, insan korupsi di buang~

Lumrah alam, yang mengalir tetap arahnya kebawah biar di paksa untuk menentag lumrah, akhirnya ia tetap kembali kepada fitrah. Kenali usulmu melalui Penciptamu.

Read More...

Tuesday, November 11, 2008

KeBeNaRaN aTaU KeSePiAn..

kekadang fikiran terkesan..
apa yang lagi penting bagi insan..
pandangan orang terhadap diri..
atau pandangan diri terhadap diri..

Pernah seseorang menyebut kepada aku, apa guna kita buat baik tapi orang lain tidak nampak dan tidak tahu kita buat baik. Lebih baik kita bagitahu apa yang kita buat, apa kebaikan kita supaya orang tahu kita buat baik. Ingatlah ayat-ayat ini..

-Riak hanya milik ALLAH RABBUL IZZATI-

Tetapi apa kah yang perlu kita lakukan andai kebaikan yang di buat, adu domba yang kita dapat?. Apakah tindakan insan andai kebaikan yang tercipta di salah anggap oleh masyarakat sehingga membawa kepada cacian dan kejian masyarakat?. Adakah pada tahap ini, insan berhak menyuarakan kebenaran, atau terus berpijak pada paksi bahawa biar dunia mencela ku asalkan aku tahu kebenaran yang hakiki.

Kebenaran..
tetap datang..
tetap pulang..
ke tangan keadilan..
ke tangan ketulusan..

Mutiara andai di seliputi lumpur tetap kekal aslinya.

Mutiara andai dibakar nyalaan api, tidak berkurang kilauannya.

Mungkin ini ayat yang sesuai bagi kebenaran, biarlah seluruh dunia mengatakan ianya salah, tapi kebenaran tetap kebenaran. Yang hak tetap hak yang batil tetap batil. Matlamat tidak menghalalkan cara. Biar betul matlamat atau sasaran kita tapi cara dan pendekatan salah, tetap salah arahnya.



Read More...

Monday, November 10, 2008

KuMpULaN LaTiHaN KeLaNaSiSwA MaLaySiA UPSI






Mungkin orang tertanya-tanya apa itu KLKM UPSI. Kelab yang aku aktif itu apa?.Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu KLKM UPSI. Tapi pernah tengok atau tidak lambang atas sebelah kanan ini. Haaa betul!. Ini lambang pengakap Malaysia. Tahu atau tidak pengakap juga ada pengakap dewasa yang dikenali sebagai pengakap KELANA. Dan hampir di semua universiti di Malaysia mempunyai pengakap universitinya sendiri. Di universiti pengakap di kenali sebagai Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau akronimnya KLKM. Nama pon mahasiswa,jadi layak lah di beri nama kelanasiswa. Jadi di UPSI dikenali Kelab Kelanasiswa UPSI. Bagi sesiapa yang berminat untuk meneruskan aktiviti pengakap boleh lah melayari web KLKM UPSIklik di sini---->> KLKM UPSI

Sebarang maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah,sedang dan akan dijalankan boleh di lihat di web tersebut.


Scouting Spirit Burning In My Heart

Read More...

PeRsAtuAn SainS in Blog

atas permintaan rakan yang bertindak sebagai moderater blog PMS dan rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar sains, maka di sini aku letakkan lambang PMS-Persatuan Mahasiswa Sains. Untuk rakan-rakan yang ingin melibat aktiviti-aktiviti dan perkembangan PMS boleh lah klik disini ---->> Persatuan Mahasiswa Sains

Nanti mesti ada orang bising-bising kan, promosi blog PMS tapi tidak pernah aktif sertai aktiviti bersama PMS. Aku minta maaf sebab tidak mampu bergiat aktif dalam PMS, namun sebarang aktiviti INSYAALLAH akan aku sertai contohnya macam Cabaran Titiwangsa 08 yang di anjurkan oleh PMS awal bulan lepas :). Bukan niat tidak hendak aktif wahai sahabat-sahabat PMS tapi dek kerna komitmen yang terpaksa aku berikan untuk KLKM UPSI. Tapi tiada masalah sekiranya Exco Rekreasi PMS ingin mengadakan progrm bersama dengan KLKM UPSI. Kami menerima dengan tangan terbuka:)

Read More...

Monday, November 3, 2008

UPSI & MPSI - Beza nama atau produk??

Manusia pandai mengkritik, tidak salah rasanya mengkritik tapi jadilah pengkritik yang berhemah. Mengkritik dengan ilmu bukannya mengkritik dengan emosi. Berilah pendapat atau cadangan supaya apa yang kurang yang dikritik itu dapat di perbaiki. Itulah beza pengkritik yang berniat menghentam dan pengkritik yang berniat untuk membantu.

Tadi aku keluar lepak dengan senior fizik , hampir sejam juga kami melepak tadi. Tapi bukannnya lepak kosong kerana dalam berbual-bual itu, terpacul dari mulutnya isu yang berlaku semasa dia melakukan program motivasi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berdekatan.

“Ko nak tau aku ari tu wat program motivasi kat MRSM *****(nama dirahsiakan), tapi yang tak bestnya cara cikgu-cikgu kat MRSM tu”

“Apa yang jadinya?Depa tak bagi support ke?”

“Bayangkan kami dah nak bertolak ke sana,baru diorng bagitau yang healer tak dapat disediakan,asrama penginapan tak diberi, sedangkan dulu katanya semuanya tak da masalah”

“Then korang wat camna?”

“Kitorang usaha gak berbincang then diorng bagi kami tido kat sick bay (istilah untuk bilik sakit di MRSM)”

“Nasib baik dapat”,sambungku sambil senyum.

Tapi aku tengok mukanya macam nak sambung lagi ayat dia, mungkin ada yang betul-betul dia tidak puas hati ini.

“Yang tak bestnya diorng boleh pula kata mereka sebenarnya tak berapa suka kami pergi sana, kata diorang produk UPSI tak kauliti. Anak suluh budiman mana yang tak panas”

“Apa tindakan korang lepas tu”

“Kami pendam ,sebab nak program berjalan gak,tapi aku janji,tak kan aku hantar anak aku pergi belajar di MRSM nanti!”

Ada atau tidak anak suluh budiman yang tidak marah mendengar ayat di atas. Tapi ini sememangnya berlaku, ini bukannya wabak yang baru menular. Kebanyakan sekolah di Malaysia seolah-olah memandang serong terhadap produk UPSI. Dari pemerhatian dan perbualan dengan guru-guru di sekolah-sekolah harian, wabak ini bermula apabila Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) di naik tarafkan ke UPSI. Mungkinkah cara dan sistem MPSI lebih baik berbanding UPSI?. Atau adakah disebabkan ada ujian untuk memasuki MPSI atau maktab-maktab lain menjadi pengukur kejayaan seorang guru?. Pernah saya ingin menjalankan program kemasyarakatan di Klang, tapi menyedihkan masyarakat seolah tidak tahu wujudnya UPSI.

“Anak-anak ini semua dari mana?”

“UPSI, encik”

“UPSI itu apa?”

“Universiti Pendidikan Sultan Idris kat Tanjung Malim, encik”

“Tanjung Malim??, sama tempat dengan MPSI ke?”

Maka terpaksalah kami menerangkan dengan penuh hemah kepada pengetua tersebut bahawa MPSI telah dinaik taraf menjadi UPSI. Namanya lain tetapi masih mengeluarkan produk guru yang insyaAllah mendidik pelajar.

Semoga kita, mahasiswa dan mahasiswi UPSI sedar akan cabaran ini. Bukannya cabaran mengajar pelbagai kerenah pelajar sahaja yang perlu di pikul, tapi hidup bermasyarakat yang dituntut oleh komuniti. Jangan biarkan wabak yang menular menjadi kanser yang tiada ubatnya.

~berubah kerana hati, sukar diundurkan semula ke titik hitam~

Read More...

Sunday, November 2, 2008

Selamat menduduki peperiksaan..


Demam bermula. Bukan demam Pilihan Raya Kampus ( PRK) yang di perkatakan tapi demam peperiksaan. Namun mungkin mood peperiksaan kali ini terganggu sedikit dek kerakusan tindakan Pro Aspirasi (Pro A) yang membentuk kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di dalam teras ketidakadilan. Dengan memenangi tidak sampai 2/3 kerusi MPP, Pro A bertindak seolah-olah semua pihak menyokong mereka. BERSAMALAH KITA MENGIKAT RIBEN MERAH & KUNING bagi membantah pembentukan kabinet yang tidak adil ini.

Peperiksaan makin hampir, semoga rakan-rakan telah bersedia dari segi mental dan fizikal. Semoga mencapai kejayaan dan ketenangan.

~~mendidik dan mengajar,berbeza zahir dan batinnya~~

Read More...

ketenangan..

“Ketenangan berpusar menyusuri, mencari tepian yang tidak berbatu”
-kayjogja-

Bait ayat di atas ini mungkin banyak orang akan bertanya apa maksudnya. Sukar sebenarnya bagi menilai ayat ini kerana maksud tersirat dan tersurat banyak tersimpan. Bagi aku yang mentafsir mungkin berbeza dengan insan lain yang menilainya.

Mungkin benar pepatah orang tua, “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Apa yang kelihatan pada zahirnya,apa yang kelihatan pada mata kasar manusia tidak akan dapat mengambarkan dengan tepat dalaman individu.

Nilailah individu dengan mata hati, bukan dengan mata deriamu. Jangan peduli apa yang orang lain akan kata, yang penting apa yang kita buat tidak salah. Maka teruskan!.


~menenangkan mengehendaki perasaan~

Read More...