“Matlamat tidak menghalalkan cara”
Masih terngiang-ngiang dalam benak kepala aku. Kata-kata seorang warden aku dan kawan-kawan. Kejadian yang hampir 5 tahun berlalu, tapi aku masih ingat dengan jelas. Nama warden perempuan itu pun aku masih ingat Cik Norlia atau Cikgu Norlia. Kesalahan aku dan kawan-kawan cuma kecil, bersembahyang isyak awal sewaktu masa PREP (preparation- istilah biasa bagi pelajar asrama merujuk kepada waktu ulangkaji, samada pada waktu petang atau malam) malam.
Sedang aku asyik membelek-belek buku, rutin biasa aku pada waktu PREP, orang lain ulangkaji, aku sibuk menyibukkan diri konon-konon sedang ulangkaji juga. Tetiba “Light Off!”. Bukan suara warden suruh padam lampu, masih awal, baru pukul 9.00 malam. Light Off sebenarnya nama gelaran aku di sekolah, sebenar ada beberapa nama gelaran yang aku dapat di sekolah dulu, macam mana dan kenapa aku di panggil Light Off nanti aku ceritakan.
“Awatnya Mat Jap?”, balas aku. Mat Jap ini pun gelaran juga, di panggil sempena nama ayahnya, Mat Jap.
“Jom pi surau sembahyang isyak dulu”, kata Mat Jap. Mat Jap ini memang jenis manusia Islamic sikit.
“Boleh pi ka time ni, kantoi ngan warden satgi”, jawab aku, macam skema, tapi sebenarnya aku tidak ulangkaji pun masa itu.
“Jom lah”, desak Mat Jap sambil tarik tangan aku.
Kami pon bergerak pergi surau. Selesai ambil wuduk aku lihat beberapa orang sedang ulangkaji di surau. Kami terus bersolat, sedang dalam rakaat ketiga, aku terdenagr bunyi orang berlari. Terdengar suara orang menjerit cikgu norlia dating. Kami yang sedang bersolat tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak mungkin kami nak berhenti sembahyang dan melarikan diri dari dia. Tetiba suasana sunyi sepi. Kami teruskan solat, selesai saja bagi salam pertama, aku terpandang wajah cikgu norlia di sebelah kanan surau. Muka menakutkan, dengan tangan di cekak di panggang. Selesai saja Mat Jap membaca doa, kami di panggil.Aktiviti brainwash oleh cikgu Norlia bermula. Sesi soal jawab berlangsung, sepatah demi sepatah jawapan kami. Penutup brainwash itu yang aku betul-betul ingati.
“Tidak salah kamu bersolat awal, memang digalakkan di dalam Islam, tapi kamu perlulah menurut peraturan yang di tetapkan. Ingat , matlamat tidak menghalalkan cara”
Pedih sungguh ayat itu, namun memberi kesan positif. Terima kasih cikgu. Baru sekrang aku sedar dan berbangga mempunyai guru-guru seperti kalian. Aku bangga kerana aku juga bakal bergelar pendidik. Doakan anak didikmu ini berjaya mendidik tunas harapan bangsa menjadi pemimpin yang berguna.
No comments:
Post a Comment