Thursday, November 20, 2008

20 NoVemBer 1986

Hari ini aku teringat satu tarikh. Tarikh penting dalam keluarga aku. Tarikh yang mewujudkan sebuah keluarga. Tarikh 20 November 1986. Kepada ayahku Yusoff B Mat Nor dan makku Hanisah Bt Ali, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE- 22. Anak-anak permata hati mu seramai 7 orang iaitu:-

  • Ahmad Kamil(kayjogja)
  • Ahmad Kamal
  • Abdul Rahman
  • Siti Hajar
  • Siti Aishah
  • Abdul Rahim
  • Siti Khadijah

mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan mak abah. Semoga mak dan abah bahagia sampai ke akir hayat. Kami doakan hidup mak dan abah diberkati dan dirahmati didunia dan akhirat. Kami anak-anakmu memohon maaf di atas semua kesalahan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang kehidupan kami. Terima kasih kami luahkan atas pengorbanan mak abah dalam membesarkan kami semua 7 beradik. Jasa mak dan abah hanya Allah yang mampu membalasnya. Tiada wang ringgit yang mampu membayarnya, tiada kata yang mampu melangkaui ucapan, tiada keringat yang cukup untuk balasan jasa mu mak abah. Ya ALLAH, Engkau kasihini lah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihi ku sewaktu kecil. Permudahkan urusan mereka Ya ALLAH, sesungguhnya mereka telah mengasihi aku dan adik-adikku dengan penuh kasih saying dari rahim ibu lagi Ya ALLAH.

Masihku ingat lagi jasa mak dan abah dalam membesarkan kami tujuh beradik. Bagaimana ayah membanting tulang empat kerat dan memerah keringat serta ibu yang bersengkang mata bagi membolehkan anak-anak mendapat sesuap nasi. Bagaimana abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan dalam menampung perbelanjaan rumah. Tidak cukup dengan gaji dari pekerjaan tetap, abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sambilan. Siangnya di tempat kerja tetap, malamnya bekerja sambilan sebagai penjaga pam stesen minyak. Berapa sangatlah gaji sebagai penjaga pam minyak sementara, tapi abah sanggup demi memenuhi kehidupan anak-anak dengan kesempurnaan. Pernah abah membuat kerja sambilan apabila sudah habis waktu kerja tetapnya sebagai pembantu restoran. Membakar sate dan memgambil pesanan di restoran.

Dari pukul enam pagi abah bangun untuk ke tempat kerja tetapnya, pulang pada pukul tiga petang Pukul lima petang abah sudah berada di restoran milik kawannya bagi melakukan kerja sambilan. Pulang kerumah di awal pagi, hampir pukul tiga pagi setiap hari. Itulah rutin ayahku dalam membesarkan anak-anaknya untuk beberapa tahun. Tidak cukup tidur bukan perkara luar biasa bagi ayahku. Setiap hari ayahku hanya melelapkan mata kurang dari enam jam. Pengorbanan ayahku dari segi keringat dan tenaga cukup ku hargai, pernah satu ketika motosikal buruk abah rosak sewaktu pulang dari kerja di restoran. Dengan keadaan badan yang letih dan mata mengantuk, abah terus menolak motor sampai kerumah. Tidak ditanggalkan motor itu di tepi jalan, biar pon buruk tapi jasanya tinggi. Perkara yang paling menyentuh hati aku, apabila abah tidak cukup duit untuk baiki motor, motor yang menjadi penyumbang bakti dalam keluarga. Hendak tidak hendak dengan rasa segan abah meminjam wang dari kawan-kawan bagi membaiki motor. Abah hilangkan rasa segan bagi sesuap rezeki anak-anak.

Ibu, masih ku ingat bagaimana mata mu bengkak, bagaimana tidur malammu terganggu dek kerana demi mencari rezeki. Susuk tubuhmu menjadi bukti gigihnya usahamu dalam memastikan perut kami terisi. Di kala aku dan adik-adik tidur, mak bangun di awal pagi. Dari pukul dua pagi sehingga subuh ibu bersengkang mata. Menyiapkan tempahan kueh yang di pesan. Andai tiada tempahan yang diterima, rezeki kueh dari air tangan ibu tidak menentu, adakalanya senyuman yang dibawa dek kerana habis terjualnya kueh. Tapi tidak pula kurangnya bekas masih penuh berisi kueh yang tidak habis dijual. Tapi ibu tidak pernah jemu, tidak pernah rasa letih dalam mencari rezeki untuk anak-anak.

Tidak pernah aku dan adik-adik terdengar rungutan dari mak dan abah dalam membesarkan kami. Tidak pernah mak dan abah melahirkan rasa menyesal melahirkan kami. Biarkan mereka terpaksa berusaha keras dalam membesarkan kami, tapi mereka tidak pernah merungut. Keperluan mereka tidak pernah didahulukan, anak-anak yang menjadi keutamaan. Pernah aku lihat bagaimana ibu masih memakai t-shirt lusuh yang sudah pudar warnanya tapi tidak pernah lupa untuk membeli pakaian untuk anak-anak. Ibu alergik dengan ayam, tidak boleh langsung makan ayam, tapi ak terharu dan tersentuh, rasa sebak apabila satu hari makanan yang di masak oleh ibu hanya ayam semata-mata. Apa yang ibu hendak makan jika hanya ayam semata-mata. Aku sedar masalah kewangan menjadi kekangan menyebabkan ibu hanya menyediakan satu lauk sahaja. Ayam adalah kegemaran adik-adik ku. Aku pelik dan melihat ibu dar jauh, apa yang ibu hendak makan jika lauknya hanya ayam. Aku lihat ibu merebus pucuk ubi. Ya ALLAH, ibu hanya memakan nasi berlaukkan pucuk ubi. Di celurnya pucuk ubi, dimakan bersama nasi.

Mak abah andai anak-anakku mu ini menyakiti hati mu, menyebabakan kalian kecewa, maafkan diri ini!. Terlalu besar dosa anakmu ini andai menderhaka kepada kalian. Menderhaka kepada insan yang menjaga diri ini dari kecil, berjaga di tengah malam ketika sakit demam. Semoga mak dan abah dirahmati oleh ILAHI. Mak, long sayang mak!.

~~keberkatan penjejak kejayaan~~

No comments: