Saturday, November 7, 2009

KaWaN.. SaHaBAt.. RaKAn.. & KeNanGaN

pejam celik,pejam celik dah nak habis pengajian aku..
macam-macam dan pelbagai ragam orang aku jumpa..
namun rakan seperjuangan tetap ak ingat di sanubari..
kenangan kita bersama..

sambil-sambil mengenangkan rakan-rakan dan kenangan bersama..ak coretkan sajak untuk anda semua..insan yang pernah hadir dalam hidup aku..yang mekar dalam kenangan menjadi seorang sahabat..rakan..taulan..kawan.. perkongsian kenangan bersama..suka..duka..hilai tawa..sedu sedih..

Kenangan..
Persahabatan,,
Dua perkataan..
Namun ada ikatan…
Ada hubungan..

Setiap persahabatan..
Pasti melahirkan kenangan..

Suka, Duka..
Sedih, Gembira..
Simpanlah semua di hati..
Kekalkan dalam memori..

Mungkin ini perpisahan..
Tapi bukan penamat persahabatan..
Ianya sebuah permulaan..
Sebuah kisah kenangan..



dan ini satu lagi sajak yang aku nukilkan untuk anda..wahai rakan..



kawan pergi dan kembali..
hilang satu datang satu..
namun..
kawan sejati tetap di hati..

ku doakan perpisahan kita ini..
sebuah perpisahan

yang mengamit kenangan..
perpisahan bagi mengeratkan lagi..
ikatan ukhwah kita..

semoga semua kenangan..
waktu pertemuan..
semasa kesedihan..
bersuka bergembira..
semuanya digarapkan satu..

menjadi sebuah memori..
sebuah kisah..
menjadi buku silam..
yang tak luput di ingatan...




Read More...

Monday, November 2, 2009

tEkAnaN MuLa MeNgCEnGkAm...

tekanan..perkataan yang biasa aku alami..terlalu biasa..sampai kadang-kadang aku tak tahu apa itu tekanan..ada org kata aku tak penah ada masalah..tak pernah ada tekanan..betul ke?..mungkin sebab aku akan senyum dan tak kan wat sebarang muka tension..aku macam orang lain..ada masalah ada tekanan..tapi satu je prinsip aku..SEDIH ATAU TERTEKAN MACAM MANA PUN TETAP SENYUM TERUTAMA DENGAN KAWAN-KAWAN...

jadi kepada kawan-kawanku, janganlah tertekan dengan masalah atau dugaan yang anda hadapi..hadapilah dengan senyuman..kerana ia mampu mengubat dan meleraikan sedikit tekanan dan masalah yang anda hadapi..

hadapilah ujian ILAHI dengan hati yang redho dan tabah..kerana setiap ujian ILAHI tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menguji IMAN hambaNYA..


tekanan,
mula mencengkam,
menjerut rakus,
merobek jiwa.

namun,
tetapkan hati,
teruskan senyuman,
kerana senyuman itu,
penawar duka,
pengubat lara,
penyembuh kecewa...


~~ketegangan di lenturkan dengan senyuman~~

Read More...

mOdE StDy F0r FinAL ExAm..

dah lama ak tak post apa-apa dalam blog ak..da bersawang n berkulat blog ni..sory frenz..

agak sibuk n laptop problem dlu..

so i'm coming back with new spirit..

memandangkan skrg musim exam..maka automatik ak menukar mode ak kepada mode exam..

jadi kepada rakan2 yang tgh struggle utk final exam..come on!..get ur spirit!..

ak bg lagu ni utk kawan2..lagu motivation n lagu feverite ak dari form 4 lg..

lagu my way dr frank sinatra..n di nyanyikan ngn nafas baru oleh robbie william..


ni ak masukkan lirik skali bg y nak kan lirik...




And now, the end is near,
And so I face the final curtain.
My friends, I'll say it clear;
I'll state my case of which I'm certain.

I've lived a life that's full -
I've travelled each and every highway.
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets? I've had a few,
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course -
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, I'm sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall
And did it my way.

I've loved, I've laughed and cried,
I've had my fill - my share of losing.
But now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that,
And may I say, not in a shy way -
Oh no. Oh no, not me.
I did it my way.

For what is a man? What has he got?
If not himself - Then he has naught.
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows
And did it my way.

Yes, it was my way. ..

Read More...

Thursday, February 5, 2009

Rakyat - Berkuasa atau tidak

Kecoh dan huru hara keadaan DUN Perak sekarang. Dengan pelbagai isu dan spekulasi bak ribut. Pelbagai pendapat dan cadangan di segenap blog-blog tentang aktiviti lompat melompat parti yang di lakukan oleh Yang Berhormat. Terdiam aku sekejap bila membaca bahawa 4 orang ADUN menyertai Barisan Nasional (BN) termasuk ADUN dari BOTA yang sekejap ke Pakatan Rakyat (PR) sekejap ke BN. Apakah helah atau taktik semua ini. Apa yang pasti aku tidak mahu tahu rencana dan perancangan ahli-ahli politik. Kerana padaku politik itu kotor apabila di selang seli dengan wang, tamak, dan penting diri.

Pada aku tidak kisah lah seramai mana ahli politik yang ingin main lompat melompat di dalam politik tetapi mereka harus sedar satu perkara. Mereka di pilih oleh rakyat. Jadi janganlah Yang Berhormat bertindak atas kemahuan diri tanpa memikirkan rakyat apabila bermain lompat melompat ini. Seperti yang kita lihat sekarang, seolah-olah rakyat tiada makna pada mereka bila membuat keputusan untuk bermain lompat melompat ini. Rakyat hanya penting pada mereka apabila ingin memenangi pilihanraya dan di angkat sebagai Yang Berhormat.

Aku juga rakyat, sama seperti pakcik-pakcik, makcik-makcik dan masyarakat yang lain. Aku juga rakyat yang sama membuang undi bagi memilih Yang Berhormat. Harap yang Berhormat tidak membuat keputusan mengikut kepentingan diri, kerana anda menjadi Yang Berhormat disebabkan kami!. Jika benar anda ingin bermain lompat melompat, bincang dan ajak la rakyat di bawah anda untuk bermain lompat melompat juga.

Pada hemat ak, pilihanraya semula perlu diadakan, kerana aktiviti melompat ini bukan yang dikehendaki oleh rakyat. Aku tidak kisah Yang Berhormat hendak bermain lompat melompat, tapi biarlah di perkenankan rakyat. Jangan lah menjadikan rakyat seperti patung, bila hendak di jaga, bila tidak perlu di buang. Atas dasar apa aku bercakap seperti ini, kerana tidak semua rakyat memilih pemimpin untuk diangkat sebagai Yang Berhormat kerana kepimpinannya. Tetapi lebih kepada parti politik.

Cadangan aku kepada Yang Berhormat yang ingin bermain lompat melompat supaya, letak jawatan. Biar satu pilihanraya yang baru diadakan di DUN Yang Berhormat dan Yang Berhormat bertanding disana semula. Bertanding bagi tiket parti politik Yang Berhormat yang baru. Ini dapat memberi keputusan samada pemilihan Yang Berhormat pada pilihanraya dulu disebabkan tokoh kepimpinan yang ada dalam diri Yang Berhormat atau sekadar parti politik yang di anggotai oleh Yang Berhormat.

Aku harap Yang Berhormat baca blog aku ini dan fikir-fikirkan.

Jangan lah Yang Berhormat angkuh dengan jawatan ADUN itu, kerana jawatan itu adalah hak rakyat. Yang Berhormat tiada hak untuk bermain lompat melompat kerana seolah-olah yang berhormat mempermainkan pemilihan rakyat..

Hidup Rakyat.. Bersuaralah Rakyat!..

Read More...

Wednesday, January 14, 2009

extra..

tekanan meragut persahabatan
meleraikan ikatan yang terbina
mematikan kegembiraan

langkah teruskan melangkah
hati teruskan berkeras
tekad teruskan meningkah

semoga kehidupan terus menjadi lebih tersusun dan teratur..

Read More...

Wednesday, December 31, 2008

MeNtaLLiTi..


Sudah lama aku menyepi dari dunia blog ini. Hampir sebulan lebih agaknya. Maaf lah ye, laptop bermasalah, chipset void. Lagipon tiada internet di rumah untuk membenarkan aku mengemaskini blog ini. Selamat datang tahun baru 1430 Hijrah/ 2009 dan selamat tinggal kenangan dan pengalaman 1429Hijrah/2008. Tahun sudah berubah namum berubahkah kita. Berubahkah suasana atmosfera masyarakat kita. Berubahkah mentalliti makhluk yang bergelar insan. Berubah?? Baguslah andai itu jawapannya, namun kearah paksi manakah perubahan itu, semakin menjadi insan atau berkurang sifat insan itu.

Berada di tiga buah negeri pada waktu cuti membuatkan aku berfikir dan termenung sejenak. Memikir dan menilai sejauh manakah mentalliti dan budaya mempengaruhi sikap remaja. Sejauh manakah ia mempengaruhi rasa tanggungjawab remaja. Kelantan, Terengganu dan Kedah, tiga negeri yang aku perhatikan. Terdapat satu pola dan trend yang nyata kesamaannya. Pengaruh budaya dan mentaliti barat banyak merosakkan tonggak dan pelapis kepimpinan negara pada masa ini.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mentaliti dan budaya apakah yang telah berubah dalam masyarakat sekarang. Hendak terima atau tidak apa yang aku tuliskan disini terpulang kepada pembaca. Tetapi ini lah kenyataan yang harus di telan oleh generasi kepimpinan negara sekarang. Budaya penzinaan yang tiada hujungnya. Percayakah anda andai aku sebutkan bahawa ada di kalangan remaja perempuan Malaysia yang telah hilang dara seawal usia 14tahun pada masa sekarang. Benar! Aku tidak gila dan masih waras semasa menaip kenyataan di atas. Di ulang pada usia 14 tahun. Susah hendak diterima akalkan. Tapi inilah kenyataan, realiti dan situasi yang berlaku.

Aku berkawan dengan kutu-kutu rayau, mat-mat rempit, mat-mat kereta serta kaki samseng sepanjang pemerhatian aku di tiga negeri ini. Terkejut tanpa kata, setiap hari ada saja gadis-gadis yang membonceng dan menumpang kereta. Lewat malam hilang entah kemana, keesokannya bercerita tentang gadis yang ditewaskan. Pelik, berbangga dengan kejahatan. Tanda-tanda akhir zaman. Sambil lepak-lepak dengan mereka, aku bertanya kepada seorang kawan kepada lelaki yang membawa gadis itu.

“Awek tu umur brapa?”.

“14tahun, buka ni PMR”. Dengan selamber tanpa segan .Wow! Sebegitu muda sudah mampu berfikiran sempit seperti ini.

Kepala akalku ligat berfikir,celaru. Kemanakah hilangnya kuasa institusi keluarga dalam mengawal dan mendidik anak-anak. Apakah ibu bapa sudah hilang taring dalam mengawal psikologi anak-anak.

“zaman sekarang pompuan ramai yang tak ada dara, anak uztaz pon belum tentu ada dara”

Terkejut aku dengan ayat Mat Lembu ( nama gelaran mamat ni). Hati kecik aku berkata, memang lah ramai yang tidak ada dara kalu wujudnya manusia pemecah dara mcm korang. Yang lelakinya ligat mencari mangsa, yang perempuannya mudah hanyut. Sebab apa ek??adkah sebab teknologi?samada telefon bimbit yang mampu dimiliki walaupun masih di darjah 6 atau pun media hiburan yang melampau di negara ini. Renungkan.

Mungkin isu ini amat sensitif bagi yang tidak sedar tapi inilah yang berlaku. Ini baru aku sentuh soal pergaulan lelaki dan perempuan yang berleluasa sehingga penzinaan seawal usia 14 tahun. Belum lagi disentuh soal penggunaan bahan-bahan yang mengkhayalkan dan isu clubbing dan pub. Maaf andai yang tidak setuju dengan pandangan dan pemerhatian yang aku tuliskan. Just drop your comment andai kata andai mempunyai pandangan yang berbeza atau sama dengan aku.


~~mentalliti mencermin peribadi~~


Read More...

Friday, November 21, 2008

LapTop ProBlem

laptop aku bermasalah.

perhatian kepada semua rakan-rakan bloggers, minta maaf ku pohon kerana blog ini terpaksa di rehatkan sementara.Ini disebabkan masalah pada laptop aku. Plug tiada masalah, wayar tiada masalah, tapi bila cucuk masuk di laptop trus bermasalah..waaaaa

Read More...

Thursday, November 20, 2008

20 NoVemBer 1986

Hari ini aku teringat satu tarikh. Tarikh penting dalam keluarga aku. Tarikh yang mewujudkan sebuah keluarga. Tarikh 20 November 1986. Kepada ayahku Yusoff B Mat Nor dan makku Hanisah Bt Ali, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE- 22. Anak-anak permata hati mu seramai 7 orang iaitu:-

  • Ahmad Kamil(kayjogja)
  • Ahmad Kamal
  • Abdul Rahman
  • Siti Hajar
  • Siti Aishah
  • Abdul Rahim
  • Siti Khadijah

mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan mak abah. Semoga mak dan abah bahagia sampai ke akir hayat. Kami doakan hidup mak dan abah diberkati dan dirahmati didunia dan akhirat. Kami anak-anakmu memohon maaf di atas semua kesalahan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang kehidupan kami. Terima kasih kami luahkan atas pengorbanan mak abah dalam membesarkan kami semua 7 beradik. Jasa mak dan abah hanya Allah yang mampu membalasnya. Tiada wang ringgit yang mampu membayarnya, tiada kata yang mampu melangkaui ucapan, tiada keringat yang cukup untuk balasan jasa mu mak abah. Ya ALLAH, Engkau kasihini lah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihi ku sewaktu kecil. Permudahkan urusan mereka Ya ALLAH, sesungguhnya mereka telah mengasihi aku dan adik-adikku dengan penuh kasih saying dari rahim ibu lagi Ya ALLAH.

Masihku ingat lagi jasa mak dan abah dalam membesarkan kami tujuh beradik. Bagaimana ayah membanting tulang empat kerat dan memerah keringat serta ibu yang bersengkang mata bagi membolehkan anak-anak mendapat sesuap nasi. Bagaimana abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan dalam menampung perbelanjaan rumah. Tidak cukup dengan gaji dari pekerjaan tetap, abah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sambilan. Siangnya di tempat kerja tetap, malamnya bekerja sambilan sebagai penjaga pam stesen minyak. Berapa sangatlah gaji sebagai penjaga pam minyak sementara, tapi abah sanggup demi memenuhi kehidupan anak-anak dengan kesempurnaan. Pernah abah membuat kerja sambilan apabila sudah habis waktu kerja tetapnya sebagai pembantu restoran. Membakar sate dan memgambil pesanan di restoran.

Dari pukul enam pagi abah bangun untuk ke tempat kerja tetapnya, pulang pada pukul tiga petang Pukul lima petang abah sudah berada di restoran milik kawannya bagi melakukan kerja sambilan. Pulang kerumah di awal pagi, hampir pukul tiga pagi setiap hari. Itulah rutin ayahku dalam membesarkan anak-anaknya untuk beberapa tahun. Tidak cukup tidur bukan perkara luar biasa bagi ayahku. Setiap hari ayahku hanya melelapkan mata kurang dari enam jam. Pengorbanan ayahku dari segi keringat dan tenaga cukup ku hargai, pernah satu ketika motosikal buruk abah rosak sewaktu pulang dari kerja di restoran. Dengan keadaan badan yang letih dan mata mengantuk, abah terus menolak motor sampai kerumah. Tidak ditanggalkan motor itu di tepi jalan, biar pon buruk tapi jasanya tinggi. Perkara yang paling menyentuh hati aku, apabila abah tidak cukup duit untuk baiki motor, motor yang menjadi penyumbang bakti dalam keluarga. Hendak tidak hendak dengan rasa segan abah meminjam wang dari kawan-kawan bagi membaiki motor. Abah hilangkan rasa segan bagi sesuap rezeki anak-anak.

Ibu, masih ku ingat bagaimana mata mu bengkak, bagaimana tidur malammu terganggu dek kerana demi mencari rezeki. Susuk tubuhmu menjadi bukti gigihnya usahamu dalam memastikan perut kami terisi. Di kala aku dan adik-adik tidur, mak bangun di awal pagi. Dari pukul dua pagi sehingga subuh ibu bersengkang mata. Menyiapkan tempahan kueh yang di pesan. Andai tiada tempahan yang diterima, rezeki kueh dari air tangan ibu tidak menentu, adakalanya senyuman yang dibawa dek kerana habis terjualnya kueh. Tapi tidak pula kurangnya bekas masih penuh berisi kueh yang tidak habis dijual. Tapi ibu tidak pernah jemu, tidak pernah rasa letih dalam mencari rezeki untuk anak-anak.

Tidak pernah aku dan adik-adik terdengar rungutan dari mak dan abah dalam membesarkan kami. Tidak pernah mak dan abah melahirkan rasa menyesal melahirkan kami. Biarkan mereka terpaksa berusaha keras dalam membesarkan kami, tapi mereka tidak pernah merungut. Keperluan mereka tidak pernah didahulukan, anak-anak yang menjadi keutamaan. Pernah aku lihat bagaimana ibu masih memakai t-shirt lusuh yang sudah pudar warnanya tapi tidak pernah lupa untuk membeli pakaian untuk anak-anak. Ibu alergik dengan ayam, tidak boleh langsung makan ayam, tapi ak terharu dan tersentuh, rasa sebak apabila satu hari makanan yang di masak oleh ibu hanya ayam semata-mata. Apa yang ibu hendak makan jika hanya ayam semata-mata. Aku sedar masalah kewangan menjadi kekangan menyebabkan ibu hanya menyediakan satu lauk sahaja. Ayam adalah kegemaran adik-adik ku. Aku pelik dan melihat ibu dar jauh, apa yang ibu hendak makan jika lauknya hanya ayam. Aku lihat ibu merebus pucuk ubi. Ya ALLAH, ibu hanya memakan nasi berlaukkan pucuk ubi. Di celurnya pucuk ubi, dimakan bersama nasi.

Mak abah andai anak-anakku mu ini menyakiti hati mu, menyebabakan kalian kecewa, maafkan diri ini!. Terlalu besar dosa anakmu ini andai menderhaka kepada kalian. Menderhaka kepada insan yang menjaga diri ini dari kecil, berjaga di tengah malam ketika sakit demam. Semoga mak dan abah dirahmati oleh ILAHI. Mak, long sayang mak!.

~~keberkatan penjejak kejayaan~~

Read More...

Monday, November 17, 2008

NeW pRoGrEsS..



Hari ini aku nak buat pembaharuan sikit terhadap tujuan pelawat melawat blog ini. Kalau sebelum ini mungkin hanya untuk baca atau hendak lihat tuan empunya blog ini kemaskini blog atau tidak. Namun hari ini aku akan mempelbagaikan lagi tujuan anda ke blog ini. Sebagai penggemar software-software terbaru tidak salah kiranya aku berkongsi dengan pengunjung blog ini. Kerana aku tahu ada dikalangan pengunjung yang minat terhadap software-software ini. Jadi langkah permulaan aku dalam perkongsian software ini, aku telah buat satu blog khas untuk request/permintaan apa-apa software yang pengunjung hendak. Jangan lupa tinggalkan email setelah di sertakan permintaan, ini bagi memudahkan anda dihubungi apabila aku sudah muatnaik/upload software tersebut. Software-software ini telah di uji dan telah terbukti semua keygen atau key generator dan crack yang diberi dapat digunakan. Doakan agar dapat Allah memberi ruang dan waktu agar dapat aku siapkan blog untuk movie pula =).

Aku menggunakan sistem download Ziddu yang mana lebih senang dan praktikal untuk digunakan. Sistem ini tidak mengehadkan pengguna untuk mendownload sebanyak mana bahan dalam satu-satu masa berbanding RapidShare, MegaUpload, File Factory atau EasyUpload.

Link untuk ke blog software aku. Jangan segan silu untuk request, tinggalkan sahaja request anda di ruang comment utk post paling terbaru kerana blog ini dalam proses penambahbaikan.

Read More...

Sunday, November 16, 2008

pErMinTaAn KaWanKu...

Rupanya UPSI ada Canselor baru ke??. Jangan terkejut, ini bukan Canselor baru, malah bukan Naib Canselor UPSI yang baru. Tiada sebarang perubahan dalam jawatan-jawatan tersebut. Tapi inilah bukti blog ini di baca. Seorang rakanku telah buat permintaan kepadaku. Kukira permintaanya pelik. Tapi tidak mengapa wahai rakanku, aku tetap menunaikan permintaanmu.

"Mil, ko tak update blog ke?"

"Tak sempat la, malam semalam aku masuk kem, kol 6pagi baru balik"

"Ko masukkan la gambar aku dalam blog ko"

"Hah! pelik betul ko ni, tetiba je nak aku masukkan pic ko"

"Ala, dengan member-member pon berkira ke?"

"Ok Ok, ko sent gambar ko kat ym aku, malam ni aku masukkan"

Aku ingatkan gambar apa yang dia akan bagi, rupa-rupanya gambar ini. Rasanya pelajar UPSI semester 5 kenal wajah ini. Kalau tidak kenal, jangan segan untuk bertanya kepada rakan-rakan jurusan Kimia semester 5.

permintaan anda di tunaikan wahai saudara ***** (nama di rahsiakan)

Read More...

Saturday, November 15, 2008

aku kena tagged for 1st time..


hohohooh..aku kena tagged..aku ingatkan aku takkan kena tagged..rupanya ada orang nak tagged aku..dah la tagged yang berkaitan jiwang-jiwang..alasannya sebab dalam blog aku tak penah da post jiwang..hahaha...hilang macho aku kejap..

untuk Cik TASHABELLA, aku tunaikan tagged anda..hehehe..

PERIHAL 7 jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP…

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

* Ada asas agama yang kukuh, sbb aku ni biasa je
* Think for da future
* Independent, tak terlalu bergantung.
* Memahami aku.
* Berkeyakinan tinggi
* Tidak mudah gelabah bila tertekan
* Yang tak halang aku pergi camping (aku kaki camping..hohoho)


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
Perghhh..soalan ini killer question, hilang macho aku. haahaha

* My Mom, Hanisah Bt Ali ( I miss u mom)
* Maya Karin (tapi dah jadi bini orang)
* Nurjuma (dah jadi isteri orang gak la)
* Cikgu Hazniza (cikgu add math aku dulu, pernah cubit aku sebab aku malas)
* My Grandma (ibu tunggal yang betul-betul tabah)
*Farra Deeba (Pengacara Akademi Quran)
*..................................(nama dirahsiakan..hohohohoo)

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

*Badan dah tidak stabil
*Susah nak bercakap (aku ni pemalu dengan pompuan :P)
*Tangan aku tak kan diam dok main pen @ kunci
*Bla bercakap aku tak tenung mata- gabra..hahahaha
*Berjalan macho, nak cover gelabah..hahaha
*Makan buat macam biasa, tapi kna control gak, takut ayam terbang..hohoho
*Mata tengok keliling kot-kot kantoi dating dengan member-member..hahaha

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

* Puncak Gunung..aku kan kaki camping..hahahaha
* Lepak tepi pantai..
* Australia coast..:P
* KLCC..istimewa ke??hahaha
* Dewan Kuliah (hahaha..dah macam ajak stdy je..hahaha)
* Kat umah aku kot, jumpa parent aku..hohoho
* Xtau dah..masjid leh x?..kawin terus..hahahaha

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

* Make up (pompuan kan suka makeup..hahaha)
* Wallet
* Baju yang da muka aku and dia..hahaha
* Teddy Bear
* My Diary (sejak bila aku ada diary)
* Tudung :P
* Pen

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

* Cintamu
* You are my everything
* Lemak Manis (lagu rakyat tu)
* Perhaps, perhaps, perhaps
* lagu lain2 ak tak nak nyanyi, kang hujan plak susah..hohooho
*
*

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.

* budak putih
* yusra @ aya
* sam @ zulfadly
* nadirah @ nad
* akma @ mcma
* azwaa
* afiti


kepada yang kena tagged..selamat menjalankan tugas..jalan salahkan aku sebab anda ditagged..kerana aku pon kena gak...hohohoho


Read More...

Thursday, November 13, 2008

JeLaSkAn MaTLamAt...

“Matlamat tidak menghalalkan cara”


Masih terngiang-ngiang dalam benak kepala aku. Kata-kata seorang warden aku dan kawan-kawan. Kejadian yang hampir 5 tahun berlalu, tapi aku masih ingat dengan jelas. Nama warden perempuan itu pun aku masih ingat Cik Norlia atau Cikgu Norlia. Kesalahan aku dan kawan-kawan cuma kecil, bersembahyang isyak awal sewaktu masa PREP (preparation- istilah biasa bagi pelajar asrama merujuk kepada waktu ulangkaji, samada pada waktu petang atau malam) malam.

Sedang aku asyik membelek-belek buku, rutin biasa aku pada waktu PREP, orang lain ulangkaji, aku sibuk menyibukkan diri konon-konon sedang ulangkaji juga. Tetiba “Light Off!”. Bukan suara warden suruh padam lampu, masih awal, baru pukul 9.00 malam. Light Off sebenarnya nama gelaran aku di sekolah, sebenar ada beberapa nama gelaran yang aku dapat di sekolah dulu, macam mana dan kenapa aku di panggil Light Off nanti aku ceritakan.

“Awatnya Mat Jap?”, balas aku. Mat Jap ini pun gelaran juga, di panggil sempena nama ayahnya, Mat Jap.

“Jom pi surau sembahyang isyak dulu”, kata Mat Jap. Mat Jap ini memang jenis manusia Islamic sikit.

“Boleh pi ka time ni, kantoi ngan warden satgi”, jawab aku, macam skema, tapi sebenarnya aku tidak ulangkaji pun masa itu.

“Jom lah”, desak Mat Jap sambil tarik tangan aku.

Kami pon bergerak pergi surau. Selesai ambil wuduk aku lihat beberapa orang sedang ulangkaji di surau. Kami terus bersolat, sedang dalam rakaat ketiga, aku terdenagr bunyi orang berlari. Terdengar suara orang menjerit cikgu norlia dating. Kami yang sedang bersolat tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak mungkin kami nak berhenti sembahyang dan melarikan diri dari dia. Tetiba suasana sunyi sepi. Kami teruskan solat, selesai saja bagi salam pertama, aku terpandang wajah cikgu norlia di sebelah kanan surau. Muka menakutkan, dengan tangan di cekak di panggang. Selesai saja Mat Jap membaca doa, kami di panggil.Aktiviti brainwash oleh cikgu Norlia bermula. Sesi soal jawab berlangsung, sepatah demi sepatah jawapan kami. Penutup brainwash itu yang aku betul-betul ingati.

“Tidak salah kamu bersolat awal, memang digalakkan di dalam Islam, tapi kamu perlulah menurut peraturan yang di tetapkan. Ingat , matlamat tidak menghalalkan cara”

Pedih sungguh ayat itu, namun memberi kesan positif. Terima kasih cikgu. Baru sekrang aku sedar dan berbangga mempunyai guru-guru seperti kalian. Aku bangga kerana aku juga bakal bergelar pendidik. Doakan anak didikmu ini berjaya mendidik tunas harapan bangsa menjadi pemimpin yang berguna.


Read More...

TaHNiaH KpD AdiKku

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah..

Tahniah kepada adikku Siti Aishah kerana berjaya dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat 5A. Semoga ini menjadi titik permulaan bagi mencorak kehidupan masa depanmu.

Tahniah..aku bangga menjadi abangmu..

Read More...

PeNdAPaT Ku -SaJaK KeMAtiAN


Kepada yang belum melihat video sajak kematian ini bolehlah download disini
--->> --->> --->> --->> --->> --->> --->>



Hangat isu ini, isu sajak kematian. Wajar atau tidak penayangan dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran. Wajar atau tidak penayangan video ini terhadap golongan pelajar berusia antara 7-8 tahun seperti yang dilakukan di sebuah sekolah rendah. Pelbagai pihak telah memberikan pandangan, ada yang menyokong tidak kurang yang mempertikaikan penayangan video ini terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah. Pelbagai pendapat dari pelbagai latar belakang individu tercetus, dari seorang Prof Ir, bakal pendidik dari UPSi, blogger-blogger, timbalan menteri pelajaran, ibu bapa pelajar juga dari pakar psikiatri.

Sebelum saya mengulas atau memberi pendapat berkaitan sajak kematian atau video ini, eloklah kiranya saya memberi gambaran serba sedikit isi kandungan video ini. Di babak awal video memaparkan keranda diangkat keluar dari sebuah dewan dengan diketuai oleh seorang lelaki yang membawa kemenyan. Babak kedua mayat di masukkan ke dalam liang lahad berlatar belakangkan bunyi bacaan talkin di bacakan. Babak ketiga, memaparkan keadaan seolah-olah soal jawab diantara malaikat dan jenazah di alam kubur berlaku. Juga dapat di lihat seolah-olah seekor ular disebelah jenazah tersebut.

Sekali lihat video ini saya teringat sebuah kaset yang masih saya ingat tajuknya, kaset terbitan Al-Arqam bertajuk Kelahiran. Pengisiannya sama cuma berbeza medium penyampaian, satu menggunakan media bunyi sahaja, dan satu lagi menggunakan media bunyi dan video. Kaset yang membuatkan saya takut pada waktu tersebut bila mendengarnya, kaset yang membuatkan hati berdebar dan mengingati mati serta Pencipta.

Berbalik kepada isu, wajarkah video ini di tayangan untuk tontonan pelajar berusia 7-8 tahun. Walaupun menteri pelajaran Malaysia telah mengarahkan pemberhentian penayangan video ini, namun pada hemat saya tidak salah ianya di perbincangkan. Secara invidivu, saya menyokong penggunaan video ini dalam pembelajaran dan mengingatkan insan terhadap Pencipta. Namun ada kekurangan di sebalik pelaksaannya, menayangkannya kepada pelajar berusia 7-8 tahun adalah sangat tidak wajar.

Pelaksaannya pedagoginya bermakna dan tepat bagi pelajar kerana menggunakan alat bantu belajar yang efektif namun dari konsep psikologinya terdapat sedikit kekurangan. Pada peringkat psikologi pelajar berusia begini tidak seharusnya didedahkan dengan video seumpama ini.Berdasarkan Teori Tugas Perkembangan yang dikemukakan oleh Havighurst pada tahun 1972 usia pelajar pada umur 6-12 tahun di kenali sebagai middle childhood. Terdapat beberapa ciri yang ditekankan di dalam teori ini antaranya ialah membina suara hati, moral dan nilai-nilai murni, kearah personal independence atau berdikari dan mempelajari teknik-teknik fizikal bagi permainan biasa. Jika diamati dari teori perkembangan ini adalah tidak wajar pengisian video yang terlalu berat dan mendalam isinya untuk diterima oleh pelajar pada usia tersebut.

Dalam domain kognitif yang dikemukakan di dalam Taxonamy Bloom oleh Bloom pada tahun 1956 menyatakan hasil pembelajaran dikhususkan kepada jenis keperluan tahap proses pemikiran pelajar tersebut dari yang mudah kepada kompleks. Pemecahan kepada pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jika dilihat kepada situasi dan umur pelajar, di tahap manakah pelajar-pelajar berusia 7-8 tahun ini. Pengetahuan mungkin ada kerana ilmu diberikan, tapi tidak semua apa yang hendak sampaikan akan dapat difahami oleh pelajar yang berusia begini. Apa yang ada di dalam benak kepala mereka hanya kelihatan keranda diusung, ada asap-asap, mayat di tanam dan ada suara bercakap-cakap. Tapi faham atau tidak mereka apa yang disampaikan.

Isu pemahaman atau isu tidak sesuai dengan perkembangan mungkin boleh diatasi dalam waktu yang singkat, namun bagaimana pula dengan isu pelajar berasa takut. Takut dengan suara, takut dengan mayat, takut dengan keranda. Tidak ada masalah jika takut dan risau tapi faham hujung pangkalnya, tapi pelik kiranya jika takut hanya kerana melihat objek-objek tersebut tanpa sebarang pemahaman. Ketakutan dan kerisauan di anggap penghalang kepada pembelajaran. Menurut Morris (1988) ‘kebangkitan’ (arousal) yang serius akan mengakibatkan kemerosotan terhadap prestasi pelajar. Ketakutan memerlukan masa yang panjang untuk diatasi dan kadang-kadang menghantui pelajar bagi tempoh masa yang lama.

Kepada pendidik-pendidik serta bakal-bakal pendidik gunakan saluran yang sepatutnya untuk mendidik. Nilailah pedagogi anda dan nilailah psikologi pelajar-pelajar anda sebelum anda membuat sebarang kesilapan dalam pengajaran. Janganlah anda menganggap pelajar adalah bahan eksperimen seperti mana yang dilakukan oleh kementerian dengan menggunakan bahasa inggeris dalam matematik dan sains. Seterusnya menjauhkan jurang diantara golongan yang mahir inggeris dan tidak mahir inggeris dalam penguasaan matematik dan sains.


~Mendidik dengan terdidik dapat mengajar insan belajar~

Read More...

Wednesday, November 12, 2008

KuASa @ PoWer




"Mee Kari"

"Nasi Ayam"

"Char Koteow"

"Rojak Mee satu"

"Tea Ais satu"

"Milo Ais kaw satu"

"Sirap Limau Ais satu"

"Roti Planta satu"

"Roti Kosong dengan Roti Telur, campur sekali ek"

"Bang jap. ABC satu, cendol dua"

Selesai menjawab peperiksaan TBC 3012 atau Coswer Development in Biology semalam aku dan kawan-kawan bergerak ke Karim Corner. Tempat kegemaran menghilangkan tekanan menjawab soalan.

Wah, banyak sungguh!. Banyak sungguh pesanan makanan. Memang betul-betul lapar ni. Dengan kekuatan ahli meja seramai hampir 9 orang, semua makanan di habiskan. Kemudian mesyuarat tidak formal diadakan. Mesyuarat ke?? tidaklah, sekadar berbual-bual kosong.

Tetiba sahabatku membelek akhbar Utusan sambil membaca berita bertajuk "Obama sedia menutup Guatanamo Bay". Dengan spontan berkata,"baguslah ditutup kerana tidak seharusnya diwujudkan tempat tahanan seperti itu. Penahanan tanpa pembicaraan adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan". Kemudian dia menambah, "harap-harap lepas ini Obama betul-betul lah menutup Guatanamo, nama pun president Amerika, jangan jadi macam Bush"

"Ye la, president ini ada kuasa, apa yang di arah wajib di buat oleh Exco dan orang-orang bawah",sambung seorang lagi sahabat ku sambil menjeling ke arah Farouk, sahabatku yang memegang jawatan president sebuah kelab di UPSI.

Benarkah presiden, pengerusi, pesuruhjaya atau ketua mempunyai kuasa veto. Kuasa memilih dan kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman?. Presiden wujud dan dilantik dengan persetujuan dan undian dari majoriti ahli, jadi wajarlah president mempunyai kuasa memilih. Tapi seperkara penting yang harus di ingat, tiada konsep pilih bulu bila bergelar ketua. Tidak perlu wujudkan pasukan kroni, pasukan kipas bos atau pasukan mengampu bos, ketua harus sedar peranan dan tanggungjawabnya. Ahli yang berjasa disanjung, yang sepi diketepikan. Dalam perjuangan jangan dikira kaum kerabat, andai kaum kerabat tidak berjasa, ketepikan. Biar insan yang ingin berjsa teruskan perjuangan. Inilah lumrah ketua, bekerja sepenuh hati tanpa mengira ahli, berkhidmat demi kebaikan dan kemajuan sesuatu organisasi.

Kuasa-daya, kemampuan, kudrat, keupayaan, tenaga, kesanggupan, minat, hak, wibawa, pengaruh, mandat, perintah, curahan, amanah, keagungan, kawalan, ketahanan, ketabahan, karisma, kekuatan, graviti, tekanan -Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)-


~insan tulus di angkat, insan korupsi di buang~

Lumrah alam, yang mengalir tetap arahnya kebawah biar di paksa untuk menentag lumrah, akhirnya ia tetap kembali kepada fitrah. Kenali usulmu melalui Penciptamu.

Read More...

Tuesday, November 11, 2008

KeBeNaRaN aTaU KeSePiAn..

kekadang fikiran terkesan..
apa yang lagi penting bagi insan..
pandangan orang terhadap diri..
atau pandangan diri terhadap diri..

Pernah seseorang menyebut kepada aku, apa guna kita buat baik tapi orang lain tidak nampak dan tidak tahu kita buat baik. Lebih baik kita bagitahu apa yang kita buat, apa kebaikan kita supaya orang tahu kita buat baik. Ingatlah ayat-ayat ini..

-Riak hanya milik ALLAH RABBUL IZZATI-

Tetapi apa kah yang perlu kita lakukan andai kebaikan yang di buat, adu domba yang kita dapat?. Apakah tindakan insan andai kebaikan yang tercipta di salah anggap oleh masyarakat sehingga membawa kepada cacian dan kejian masyarakat?. Adakah pada tahap ini, insan berhak menyuarakan kebenaran, atau terus berpijak pada paksi bahawa biar dunia mencela ku asalkan aku tahu kebenaran yang hakiki.

Kebenaran..
tetap datang..
tetap pulang..
ke tangan keadilan..
ke tangan ketulusan..

Mutiara andai di seliputi lumpur tetap kekal aslinya.

Mutiara andai dibakar nyalaan api, tidak berkurang kilauannya.

Mungkin ini ayat yang sesuai bagi kebenaran, biarlah seluruh dunia mengatakan ianya salah, tapi kebenaran tetap kebenaran. Yang hak tetap hak yang batil tetap batil. Matlamat tidak menghalalkan cara. Biar betul matlamat atau sasaran kita tapi cara dan pendekatan salah, tetap salah arahnya.



Read More...

Monday, November 10, 2008

KuMpULaN LaTiHaN KeLaNaSiSwA MaLaySiA UPSI






Mungkin orang tertanya-tanya apa itu KLKM UPSI. Kelab yang aku aktif itu apa?.Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu KLKM UPSI. Tapi pernah tengok atau tidak lambang atas sebelah kanan ini. Haaa betul!. Ini lambang pengakap Malaysia. Tahu atau tidak pengakap juga ada pengakap dewasa yang dikenali sebagai pengakap KELANA. Dan hampir di semua universiti di Malaysia mempunyai pengakap universitinya sendiri. Di universiti pengakap di kenali sebagai Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau akronimnya KLKM. Nama pon mahasiswa,jadi layak lah di beri nama kelanasiswa. Jadi di UPSI dikenali Kelab Kelanasiswa UPSI. Bagi sesiapa yang berminat untuk meneruskan aktiviti pengakap boleh lah melayari web KLKM UPSIklik di sini---->> KLKM UPSI

Sebarang maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah,sedang dan akan dijalankan boleh di lihat di web tersebut.


Scouting Spirit Burning In My Heart

Read More...

PeRsAtuAn SainS in Blog

atas permintaan rakan yang bertindak sebagai moderater blog PMS dan rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar sains, maka di sini aku letakkan lambang PMS-Persatuan Mahasiswa Sains. Untuk rakan-rakan yang ingin melibat aktiviti-aktiviti dan perkembangan PMS boleh lah klik disini ---->> Persatuan Mahasiswa Sains

Nanti mesti ada orang bising-bising kan, promosi blog PMS tapi tidak pernah aktif sertai aktiviti bersama PMS. Aku minta maaf sebab tidak mampu bergiat aktif dalam PMS, namun sebarang aktiviti INSYAALLAH akan aku sertai contohnya macam Cabaran Titiwangsa 08 yang di anjurkan oleh PMS awal bulan lepas :). Bukan niat tidak hendak aktif wahai sahabat-sahabat PMS tapi dek kerna komitmen yang terpaksa aku berikan untuk KLKM UPSI. Tapi tiada masalah sekiranya Exco Rekreasi PMS ingin mengadakan progrm bersama dengan KLKM UPSI. Kami menerima dengan tangan terbuka:)

Read More...

Monday, November 3, 2008

UPSI & MPSI - Beza nama atau produk??

Manusia pandai mengkritik, tidak salah rasanya mengkritik tapi jadilah pengkritik yang berhemah. Mengkritik dengan ilmu bukannya mengkritik dengan emosi. Berilah pendapat atau cadangan supaya apa yang kurang yang dikritik itu dapat di perbaiki. Itulah beza pengkritik yang berniat menghentam dan pengkritik yang berniat untuk membantu.

Tadi aku keluar lepak dengan senior fizik , hampir sejam juga kami melepak tadi. Tapi bukannnya lepak kosong kerana dalam berbual-bual itu, terpacul dari mulutnya isu yang berlaku semasa dia melakukan program motivasi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berdekatan.

“Ko nak tau aku ari tu wat program motivasi kat MRSM *****(nama dirahsiakan), tapi yang tak bestnya cara cikgu-cikgu kat MRSM tu”

“Apa yang jadinya?Depa tak bagi support ke?”

“Bayangkan kami dah nak bertolak ke sana,baru diorng bagitau yang healer tak dapat disediakan,asrama penginapan tak diberi, sedangkan dulu katanya semuanya tak da masalah”

“Then korang wat camna?”

“Kitorang usaha gak berbincang then diorng bagi kami tido kat sick bay (istilah untuk bilik sakit di MRSM)”

“Nasib baik dapat”,sambungku sambil senyum.

Tapi aku tengok mukanya macam nak sambung lagi ayat dia, mungkin ada yang betul-betul dia tidak puas hati ini.

“Yang tak bestnya diorng boleh pula kata mereka sebenarnya tak berapa suka kami pergi sana, kata diorang produk UPSI tak kauliti. Anak suluh budiman mana yang tak panas”

“Apa tindakan korang lepas tu”

“Kami pendam ,sebab nak program berjalan gak,tapi aku janji,tak kan aku hantar anak aku pergi belajar di MRSM nanti!”

Ada atau tidak anak suluh budiman yang tidak marah mendengar ayat di atas. Tapi ini sememangnya berlaku, ini bukannya wabak yang baru menular. Kebanyakan sekolah di Malaysia seolah-olah memandang serong terhadap produk UPSI. Dari pemerhatian dan perbualan dengan guru-guru di sekolah-sekolah harian, wabak ini bermula apabila Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) di naik tarafkan ke UPSI. Mungkinkah cara dan sistem MPSI lebih baik berbanding UPSI?. Atau adakah disebabkan ada ujian untuk memasuki MPSI atau maktab-maktab lain menjadi pengukur kejayaan seorang guru?. Pernah saya ingin menjalankan program kemasyarakatan di Klang, tapi menyedihkan masyarakat seolah tidak tahu wujudnya UPSI.

“Anak-anak ini semua dari mana?”

“UPSI, encik”

“UPSI itu apa?”

“Universiti Pendidikan Sultan Idris kat Tanjung Malim, encik”

“Tanjung Malim??, sama tempat dengan MPSI ke?”

Maka terpaksalah kami menerangkan dengan penuh hemah kepada pengetua tersebut bahawa MPSI telah dinaik taraf menjadi UPSI. Namanya lain tetapi masih mengeluarkan produk guru yang insyaAllah mendidik pelajar.

Semoga kita, mahasiswa dan mahasiswi UPSI sedar akan cabaran ini. Bukannya cabaran mengajar pelbagai kerenah pelajar sahaja yang perlu di pikul, tapi hidup bermasyarakat yang dituntut oleh komuniti. Jangan biarkan wabak yang menular menjadi kanser yang tiada ubatnya.

~berubah kerana hati, sukar diundurkan semula ke titik hitam~

Read More...

Sunday, November 2, 2008

Selamat menduduki peperiksaan..


Demam bermula. Bukan demam Pilihan Raya Kampus ( PRK) yang di perkatakan tapi demam peperiksaan. Namun mungkin mood peperiksaan kali ini terganggu sedikit dek kerakusan tindakan Pro Aspirasi (Pro A) yang membentuk kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di dalam teras ketidakadilan. Dengan memenangi tidak sampai 2/3 kerusi MPP, Pro A bertindak seolah-olah semua pihak menyokong mereka. BERSAMALAH KITA MENGIKAT RIBEN MERAH & KUNING bagi membantah pembentukan kabinet yang tidak adil ini.

Peperiksaan makin hampir, semoga rakan-rakan telah bersedia dari segi mental dan fizikal. Semoga mencapai kejayaan dan ketenangan.

~~mendidik dan mengajar,berbeza zahir dan batinnya~~

Read More...

ketenangan..

“Ketenangan berpusar menyusuri, mencari tepian yang tidak berbatu”
-kayjogja-

Bait ayat di atas ini mungkin banyak orang akan bertanya apa maksudnya. Sukar sebenarnya bagi menilai ayat ini kerana maksud tersirat dan tersurat banyak tersimpan. Bagi aku yang mentafsir mungkin berbeza dengan insan lain yang menilainya.

Mungkin benar pepatah orang tua, “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Apa yang kelihatan pada zahirnya,apa yang kelihatan pada mata kasar manusia tidak akan dapat mengambarkan dengan tepat dalaman individu.

Nilailah individu dengan mata hati, bukan dengan mata deriamu. Jangan peduli apa yang orang lain akan kata, yang penting apa yang kita buat tidak salah. Maka teruskan!.


~menenangkan mengehendaki perasaan~

Read More...

Tuesday, October 28, 2008

utk yang teristimewa di hatiku..

lirik lagu yang membuat aku teringat kepada seseorang..lirik yang mendalam maksudnya..semoga kekal bahagia..


Cintamu
,
Yang kurasa walau tak terucap,
S´makin dalam
Cintamu,yang terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah kumencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s´lalu dalam,
Cintamu

Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya
Cintamu,
Yang terlimpas, terbias matamu
S´lama ini

Adakah di hatimu,
Terbesit satu harapan untukku
Tuk berjanji selamanya kan selalu milikku

Satu cinta,
Tak pernah kumencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlelu sayang padamu
Kuingin s´lalu dalam,
Cintamu...


sajak untuk insan teristimewa..

Kekasihku
Senyum mu menjadi tawaku..
Sedihmu menjadi tangisan ku..
Kelirumu menjadi buntu ku..
Marahmu menjadi sabarku..

Selisih faham..
Cemburu..
Rindu mendalam..
Menjadi penguat ikatan..

Pengorbananmu jelas ku lihat..
Tidak akan ku persia-siakan..
Walau hanya untuk sesaat..
Tetap ku lekapkan di hati..

Cemburu dan marahmu..
Ku paham kenapa begitu..
Waktu dan suasana menyeru..
Supaya ku makin memahamimu..

Rupa paras bukan ukuran..
Apatah lagi potongan badan..
Ku ikhlas mengalas percintaan..
Agar terus kekal di medan..

Doamu dan ku menjadi siratan..
Supaya perhubungan terus berkekalan..

~~menaip dengan roh cinta~~

Read More...

SaYap yAng sAyuP

Jejalur lebar bergetar..
Mencetus keringat..
Memecah kompromi..
Mendesak komitmen..

Keluhan tiada rasa..
Bukan keluhan nurani..
Mencari keredhaan Ilahi..
Mencipta mimpi realiti..

Melihat tanpa memerhati..
Bergerak tanpa naluri..
Mencintai tanpa hakiki..
Mencipta kehancuran hati..

~~lalang berubah arah andai anginnya ada~~

Read More...

Thursday, October 16, 2008

PiLihaN RaYa KamPus..

Pejam celik,dah setahun MPP lama memegang tampuk kepimpinan kampus, tapi hasilnya kepada pelajar tidak kelihatan. MPP lama hanya tahu menjilat jubur HEP dan pentadbiran (maaf mengunakan bahasa yang agak kasar kerana terlalu bengang dengan sikap mereka). Pemilihan MPP baru akan dijalankan pada 22/10. Di harapkan tiada unsur-unsur ketidak adilan berlaku. Diharapkan penggunaan undi electronik atau E-vote tidak diadakan lagi, kerana terlalu jelas ketidaktelusan pihak pengurusan. Semoga MPP baru yang akan dipilih tidak mengulangi kesilapan MPP sebelum ini. Diharap mereka lebih tahu untuk bekerja membantu kebajikan pelajar. Menjadi seorang pemimpin sangt susah, aku teringat satu ayat Quran,

"Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul dan Taatlah kamu kepada pemimpin kamu".

Pemimpin adil dan bekerja dengan baik wajar disanjung, pemimpin yang korupsi wajar disanggah. Pemimpin yang taat kepada ajaran agama adalah pemimpin yang terbaik. Tidak kira agama apa sekali pun yang di anuti pemimpin tersebut, kerana tiada agama di dunia ini yang menyuruh umatnya berbuat jahat. Jadi kepada rakan-rakan yang akan mengundi, jangan hanya mengundi berdasarkan wajah dan rupa, turun lah mendengar manifesto, kerana manifesto adalah janji, dan janji adalah apa yang kita berhak tuntut dan akan di soal di akhirat bg yang berjanji. Pilihlah pemimpin yang tepat supaya hak anda tidak di pijak.

~~kepimpinan bukan seperti ketam jalannya~~

Read More...

Tuesday, October 14, 2008

keLaBu..

jantung berdegup rancak..
mencari irama tersembunyi..
menyusun bait berseni..
menyingkap tirai mentari..


kelabu ini..
mengajar insan berdiri..
erti satu mimpi..
yang sukar diterokai..

menyanggah kelabu..
menentang fitrah Ilahi..
merobek sifat insani..
menghancur fizikal ukhrawi..

hanyir kelabu ini..
menjadi nyatanya saksi..
menutup kepingan hati..
merakuskan si pari-pari..



~~menutup lebih sukar dari menghadapi~~

Read More...

Thursday, October 9, 2008

SiStEm PenDidiKAn Di MaLaYSIa..

Banyak orang bercakap tentang sistem pendidikan di Malaysia. Samada di pejabat atau kedai makan walhal di kaki lima pun ada yang bercakap tentang sistem pendidikan di Malaysia. Tapi apa sebenarnya yang di bualkan, benarkah individu-individu tersebut paham dengan apa yang dibualkan. Terlalu banyak isu yang boleh di bincang dan di debatkan jika ianya berkaitan sistem pendidikan. Tapi cuba kita fokuskan kepada satu skop, Pembelajaran & Pengajaran Sains Matematik dalam Inggeris (PPSMI) ataupun English in Teaching Mathematics and Science ( ETEMS). Mungkin banyak pendapat andai dibincangkan isu ini.

Tanpa sedari sudah 6 tahun sistem pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia berubah, perubahan bahasa perantaraan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun lepas dan pelajar-pelajar UPSR tahun ini adalah penanda aras terhadap keputusan kerajaan dalam pelaksanaan sistem ini. Mereka dilihat sebagai penanda aras kerana lepasan SPM tersebut adalah kumpulan pertama yang mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari Tingkatan Satu dan pelajar UPSR tahun ini mempelajari dari Darjah Satu. Selepas keputusan SPM tahun lepas diumumkan terlalu banyak bantahan di kemukakan oleh pelbagai pertububuhan pendidikan supaya kerajaan mengambil langkah berundur dari keputusan yang di buat.

Ini berlaku kerana kualiti keputusan peperiksaan mereka amat mendukacitakan. Mungkin ada yang menyatakan kenyataan ini salah, namun sedar lah bahawa graf SPM boleh diubah supaya banyak bilangan pelajar yang mendapat keputusan A. Nilailah kualiti bukannya kuantiti, andai ramai yang dapat gred A bukan merujuk kepada kecemerlangan. Ujilah lepasan SPM lepas, anda akan lihat betapa lemahnya mereka dalam Sains dan Matematik, kerana kurang faham dalam pembelajaran. Kenapa kerajaan menjadikan masa depan pelajar sebagai eksperimen samada PPSMI mampu di laksanakan atau tidak. Terlalu kolotkah jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran?. Terdapat beberapa sebab kenapa perlunya kerajaan mengubah kembali sistem pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Malaysia semula.

Sila rujuk http://pendetaal-hikmah.blogspot.com/ untuk membaca sebab-sebab tersebut.

Namun, saya dengar ura-ura menyatakan bahasa malaysia akan digunakan semula. Seorang guru memberitahu saya, beliau sedang menyiapkan buku teks dalam bahasa malaysia. Semoga ini mampu melahirkan pemimpin negara yang bijak Sains dan Matematik dan bersemangat patriotisme dalam memperjuangkan bahasa.

Read More...

sikap pelajar @ pengurusan akademik

waaaa..banyaknya kerja perlu disiapkan.

Kenapa lah sistem pendidikan di Malaysia samada di peringkat sekolah atau universiti banyak memberi tekanan kepada pelajar.

Adakah sebab tidak mampunya pelajar membahagi masa dengan bijak atau terlalu banyak kerja kursus atau tugasan serta laporan-laporan yang perlu disiapkan.

Atau pun adakah di sebabkan oleh sistem yang hanya tahu memberi tugasan tanpa menghiraukan apa yang dialami dan dirasai oleh pelajar.

Tekanan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar terutama pelajar universiti cukup ketara. Tugasan-tugasan yang perlu dihantar sebelum peperiksaan akhir bermula.

Selesai tugasan di hantar, selesai satu tekanan, bermula satu lagi tekanan, tekanan peperiksaan. Bilakah pelajar ingin mengulangkaji andai minggu ulangkaji ( study week ) di penuhi dengan menyiapkan tugasan.

Mungkin pihak pengurusan akademik mampu mengubahnya untuk kebaikan semua pihak.

Mungkin susah untuk memuaskan hati semua pihak, tapi biarlah keputusan tersebut adalah keputusan menang-menang, bukannya keputusan berpihak kepada sebelah pihak.

samalah kita berfikir,kerana hal ini akan terus berlaku setiap semester..

Read More...

Monday, September 15, 2008

iBu...

tenangkan fikiran..fikirkan anda sekrang berada di sebuah taman yang tenang.. sunyi sepi..kemudian fikirkan wajah-wajah yang anda sayang..boyfriend, girlfriend..kawan-kawan..adik-adik,akak,abang..mak dan ayah anda..

bayangkan wajah ibu bapa anda sewaktu anda beritahu anda akan sambung belajar..bayang dan fikirkan betapa bahagianya hati mereka..betapa cerianya mereka..fikirkan apa tugas anda berada di tempat anda belajar sekarang..

adakah hanya untuk bersukaria dan bergurau senda dengan rakan-rakan..cuba bayangkan mak dan ayah di rumah..bayangkan wajah mereka…bayangkan wajah ibu..bayangkan wajah ayah..bayangkan ibu yang sedang masak di dapur..

ayah yang sedang melepaskan keletihan di ruang depan..bayangkan wajah mereka dengan tenang..nmpak tak kerut dan kedut di wajah tua ibu dan ayah anda..setiap kedut bermakna bagi kita sebagai seorang anak..kedut yang membesarkan kita..kedut dan kerut ibu tua itu juga lah yang mengandungkan kita selama sembilan bulan..

kedut itu jugalah yang berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kita..bayangkan berapa bnyak urat dan saraf telah terputus sewaktu melahirkan kita..tidak pernah diminta balas..kudrat yang makin lemah..

bayangkan si ibu yang tidak pernah tukar baju atau beli baju baru,semata-mata demi kebahgiaan anak-anak..ibu yang berlapar dan mengikat perut..hanya kerana tidak hendak seorang anak kelaparan..kerana apa,kerana tidak hendak anak belajar dalam keadaan kelaparan dan tidak selesa..ibu bersusah payah demi kesenangan anak-anak..

andai…anda berada di sini sekrang..ibu anda tiada di depan mata.. cuba anda fikirkan pernah atau tidak anda melengah-lengah permintaan ibu..apa yang di pinta oleh ibu itu cukup berat kah utk di tanggung oleh anak..berat kah permintaan seorg tua yang dahulunya membawa anda sembilan bulan tanpa sebarang rungutan..wajarkah…

pernah tidak anda menarik muka masam terhadap ibu anda..terpikir atau tidak anda,mungkin ibu anda kecik hati dengan apa yang anda lakukan itu..pernah terpikir tidak anda betapa kasihnya ibu kepada anda..andai seekor semut menggigit anda di waktu kecil,ibu akan menjaga anda betul-betul,di carinya semut itu..itu kah balasan anda untuk seorang ibu..

pernah atau tidak anda membuat ibu anda menangis dengan perbuatan anda..menangis dengan perbuatan anda..setitis air mata ibu menitis menghilangkan keberkatan hidup anda..itukah apa yang mampu ibu anda bangga kan dengan anda.. bangga dengan permintaan yang tidak tertunai, bangga kah ibu dengan riak masam anda..

banggakah ibu andai hati nya terguris dan mengalir air matanya..bayangkan anda disini sekarang..dan dalam saat ni,ibu anda sedang nazak..sedang di tarik nyawanya..sedangkan anda tiada disisi..sedang ibu anda berada di hujung nafas terakhirnya..

di hujung nafas bergelar ibu kepada anda..apa yang mampu ibu anda banggakan dengn perbuatan anda..apa yang ibu anda ingin banggakan dengan anda…hendak atau tidak anda meninggalkan memori terakhir didalam memori ibu dengan memori yang suram..memori kerana memiliki anak yang membawa masalah kepada ibu..anak yang tidak dengar kata..anak yang lupa amanat ibu bapanya..hendak ke anda menjadi anak durhaka yang tidak sempat memohon maaf kepada ibu nya…

mungkin anda teringatkan ibu anda…namun bergunakah andai hanya teringat tapi tiada ungkapan maaf yang terkeluar dari mulut anda ke ibu anda..pohon lah maaf selagi mereka masih ada..banggakan lah mereka selagi mereka msih bernyawa..kerana kita tidak tahu bila ibu akan mengadap yang Maha Esa..tinggalkan lah memori yang mampu ibu banggakan andai ibu meninggal pada waktu ini..ibu..maafkan anak muu..


~~mohon lah maaf tika masih belum terlambat kerana naluri seorg ibu akan tetap memaafkan anaknya..biarpun anak nya penah melakukan salah dan mengguris hatinya..~~

Read More...

Sunday, September 14, 2008

surat ikhlas seorg bapa...

email y ak dapat ni da lama..tapi baru arini ak nak post masuk dlm blog ni..semoga sesama kita hayati...kisah benar..


Al~Fatihah.. . akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap
Pencipta-nya

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian.Kami bertiga,Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya. .. janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 -
13 Mei 2006)

shamsul shamdin @ laloque

Read More...

Friday, September 12, 2008

mAk aBaH..mAaF..

tersentuh ak baca kisah kat bawah ni..kisah cmna sorg anak kecik y suci hatinya melahirkan kata-kata y tulus..serius ak sebak baca kisah ni..teringat kejahatan ak dlu..mcm mna ak wat jahat samapi mak ak nngs ngn perangai anak dia ni..mcm mana abah y btol2 geram ngn ak dlu..bayangkan sorg dak kecik y msih luhur hatinya,blom tahu kehidupan sebenar meminta maaf kepada ibu bapanya..tapi ak..hmmm..maafkan long mak n abah...


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja..

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
'Tak tahu... !'
'Saya tak tahu Tuan..! '
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik Si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk
Dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak..

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan...' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.

Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
“Abah.. bagilah balik tangan Ita”. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



***sesape y baca xterasa sebak,aku percaya hatinya masih keras..hargailah ibubapa n keluarga anda sementara mereka masih ada....

~~kesilapan lalu jadikan iktibar,pembentuk masa sekarang dan depan~~

Read More...

MeLihaT KeJErNihAn

Melihat bukan merenung..
Dilihat bukan direnung..
Jerumus kehanyiran..
Keladak berkocak..
Ilusi kejernihan..

Kelibat tanpa nama..
Memukau kaki..
Menyegar kebumi..
Mengelu tiada sepi..

Kelam berbintik..
Menyuratkan setia..
Mencermin gempita..
Mencorak manusia..


~~mentari bersinar tanpa menyinari~~

Read More...

tiada ungkapan utk diri

nape ak cepat moody dua tiga arini..



nape???


tiada ungkapan..
untuk diri..
memahami..
atau difahami..

sukarnya..


~~melihat bulan tnpa membuka hati~~

Read More...

HaTi iNsAn

Manusia dinilai keindahannya

Bukan berdasarkan paras rupa

Apa tah lagi pada pangkat dan harta nya

Tetapi pada nilai hati dan bahasa

Andai kurang dan cacat cela hatinya

Maka rosaklah zahir dan batinnya

Read More...

Thursday, September 11, 2008

INSAN vs INDIVIDU

mungkin da org y cakap ak complicated and unpredictable..
mmg ak xnafikan..
sbb tu ak letakkan kat my profile ak..
unpredictable n complicated..

perlu ke kita kisahkan apa y org cakap o kata
di belakang kita andai semuanya dusta??..
ak xksah,sbb tu urusan INDIVIDU tersebut dgn ILAHI..
biarlah seluruh dunia mencemuh ak sbb perkataan dusta
dr INDIVIDU tersebut..
y pentg ak tau kebenaran hakiki..
biar seluruh dunia membenci ku,
asalkan ak tak benci diri sendiri..
better diam dr bercakap sesuatu y dusta n nista..

mungkin ada y pelik kenapa ak tak gunakan ganti nama INSAN utk menggantikan INDIVIDU..kerana INSAN tidak layak bagi manusia y tidak memahami erti hubungan dengan RABBI..ak tidak sempurna..bnyak silap..tapi jgn biarkan kesilapan terus berulang...


kebenaran akan tetap datang..
walau ditutup sebidang kain..
walau ditenggelam selautan air..
walau ditimbus segunung pasir..

kebenaran tetap akan segar..
andai tiada air menyiram..
andai tiada cahaya menyinar..
andai tiada udara menghembus..

berbicara ke udara..
membenihkan cemuhan..
mengundang celaka..
dari Pencipta insan..

kehanyiran dinihari..
biar menjadi kemudi..
mencambahkan naluri..
menjadi insan sejati..

~~biar selut membekaskan diri~~

Read More...

TeBanG TeBu

tetiba je ak jadi minat lagu rakyat..mayb sbb susunan ayatnya y menarik minat ak..ak bukan berjiwa lama,tapi meminati susunan kata n ayat y menarik kalbu..
satu lagi lagu rakyat y menarik minat ak..bait-baik y cukup syahdu bla dengar..

link to download

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Peram-peram pisang
Pisang masak layu
Di mana kayu bongkok
Di situ kera meniti

Ayam makan padi
Itik makan beras
Orang zaman ini
Hatinya keras

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan.


-Roslan Madun-

Read More...

Tuesday, September 9, 2008

LEmAk MAnis - RoSLan MadUn

Ak suft tenet pagi td and jumpa lirik ni.. lagu rakyat y
telah di olah oleh pengakap untuk menjadi satu lagu y happening…
tanx 2 yusra @ aya dak kelana KLKM UNITEN atas sumbangan lagu ni …
lagu y famous masa malam kebudayaan n camp fire..

link download lagu lemak manis

tajuk: lemak manis (lagu rakyat)
penyanyi: roslan madun

sopan -santun,
anak melayu,
senyum terukir...
senyum terukir ...
bila disapa.

dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir...
rindu mengalir ...
di dalam kata.

chorus:-
(lemak manis...
alah amboi-amboi,
santan kelapa...
alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis...
alah amboi-amboi,
anak siapa?... 2x

pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.

adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.

(chorus)

hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.

abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.

(chorus & end)

Read More...

Saturday, September 6, 2008

Dari dinding madrasah-A.Samad Said.

Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.


submitted by black_sapiens

Read More...

meniti usia pelangi..

bunga akan layu
andai tidak dibaja..
cinta akan hilang
andai tidak setia..

potret akan kusam
andai tidak disimpan..
buah akan rosak
andai tidak dijaga..

maruah akan calar
andai tidak di tutup..
bicara tanpa asas..
andai hati tidak suci..

iman akan punah,rosak..
andai tidak dibajai..
andai tidak dihargai..
andai tidak diajari..

bila mata anggapnya biasa..
bila kaki melukis tarian..
bila tangan mula acara..
bila minda ucapkan "tak apa"..
bila pengangan tidak kemana..

maka tunggu lah..
suatu ketika..
umat RasulNya semakin gempita..
berjuta tapi tiada harga..
berjuta tapi tiada guna..
berjuta tapi tiada nama..

buih di lautan umpamanya..
banyak tidak terkira..
namun kualiti tiada..
isi umatnya hanya sia-sia..
batinnya rosak tidak terhingga..

bila agama dan dunia dipisahkan..
sesat didalam agama..
sesat didalam dunia..


~~hanya bunyi kelicap,namun tetap dirasai~~

Read More...

janji Robbi

kerinduan tanpa noktah..
lemah tanpa petah..
merangkak tnpa arah..
menanti bulan retak membelah..

insan..
andai doamu doa melata..
andai bisikmu bisik dusta..
andai rintihmu rintih celaka..
andai pujimu puji bencana..

andai poketmu kosong tanpa pahala..
andai bahumu luka menanggung dosa..

ingatlah..
Pencipta mu tidak pernah alpa..
senantiasa memerhati telingkahmu..

janji Robbi tetap ada..
bagi yang lupa..
bagi yang alpa..
bagi yang taqwa..

urusanNYA..
Yang Maha Kaya..
cepat lambat usah ditanya..
kerana janji Robbi pasti terlaksana..


~~kelibat tanpa bayang,tetap dihidu oleh sang helang~~

Read More...

—Jalaluddin Rumi—

Jika engkau tidak mempunyai ‘ilm dan hanya prasangka,
milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan. Itulah jalannya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau tidak mampu berdoa dengan khusyu’,
maka persembahkanlah doamu yang kering, munafik, dan tanpa keyakinan!

Karena Tuhan dalam rahmat-Nya
tetap menerima mata uang palsumu.

Jika engkau mempunyai seratus keraguan kepada Tuhan,
maka kurangilah jadi sembilan puluh sembilan saja. Itulah jalannya!

Wahai pejalan,

Walau kau telah seratus kali ingkar janji, datanglah, dan datanglah lagi!
Karena Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau mengangkasa, ataupun terpuruk dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku, karena Aku-lah Jalan itu.”

—Jalaluddin Rumi—

submitted by black_sapiens

Read More...

tiada nama

cinta tnpa arah..
xkan mekar..
walau di baja..
walau dijaga..

kesepian itu..
pengajar terbaik..
pendidik terulung..
penunjuk tersohor..

andai di gerakkan jari..
di tari kan..
mengikut rentak hati..
nescaya akan suci..

Read More...

Thursday, September 4, 2008

tErAsa BunTU

Terasa buntu..
Kelam gelita..
Jalan mana nak di tuju..
Untuk ke sana..

Kawan mungkin..
Lawan pon mungkin….
Keimanan pengukur insan..
Antara y celik dan buta iman..

~~diam @ senyap bukan bererti kalah~~

Read More...

Wednesday, September 3, 2008

BeRubaH @ di UbaH

ak godek-godek laptop td then jumpa ayat-ayat ni..ayat y ak da taip bapa lama ntah..tapi hope masih mmpu di baca =)



Kadang-kadang manusia tidak sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Dan jika sedar, ada tak insan yang mampu mmberi peluang kedua kepada mereka. Peluang kedua mampu menjadi titik perubahan atau turning point bagi individu.

Kejarlah..
Tapi..
apa yang hendak di kejar..
manusia berlari..
mengejar sesuatu yang tidak pasti..

keinsanan mampu mengubah..
tapi..

berapa ramai y nak berubah..




~~mulut bisa di kunci andai hati suci~~

Read More...

KemBali mEnaiP~~

da lama tgn ni xmenaip...rasa kekok mungkin...tapi xpe,demi kawan2 n utk meluahkan isi y terpendam, jari ini di paksa,di gasak utk menaip..otak di kerah bekerja utk merencana apa y tersirat utk disurat kan..

tggal 3 ramadhan..
ak teringt 1 lgu nasyid..lagu y da lama ak xdengar..last degar masa drjah 6

Tafakur Zikra 1
by Diwani

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah..
.
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku


( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu



( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...


Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.

Read More...

Sunday, May 4, 2008

tEnSioN!!

tension,bengang,xpuah ati..suma da..hmm..sabaq kamil..nape la mesin dobi ni wat hal..da rm 4 duit ak kna telan..xkan nak basuh baju smpai kna rm 6 kot..huhuhuhu..

uji..
uijlah lagi wahai manusia..
bg insan lemah..
kesabaran terhad..
da penghujung..

tebalkan la kesabaran ku..
ya RAHMAN..

Read More...

Saturday, May 3, 2008

pErJuAnGAn

telah berlalu..
zaman keris dihunus..
kegemilangan melayu runtuh..
seranap kota melaka..
serata bahana tsunami..

pertiwi terhakis kini..
anak bangsa umpama bola..
di tendang kesana..
di tendang kesini..
di timbang2..
seolah tiada harga..

sedih..kecewa..terkilan..
semoga anak melayu tersentak..
tersedar dr otak kuningnya..
benar melayu xkan hilang..
xkan hilang dimana..
mgkin hang tuah..
akan kelu menjawab..

Read More...

selesai

perjuangan
menitik keringat..
membunuh nestapa..
membenak kekeliruan..
menguntai keresahan..

selesai ujian kecil duniawi..
menanti ujian ilahi..
y mendatang lagi..
teguhkan hati..
kuatkan iman..

Read More...

Thursday, May 1, 2008

kEnaNGAn

KENANGAN

Berkali telah dibakar
Segala kertas kenangan
Namun abunya masih setia berterbangan
Ditiup semilir yang menghambat kencang

Nukilan-black sapiens

Read More...

Wednesday, April 30, 2008

UjIAn iLaHi

kebuntuan..
tekanan..
kegelisahan..
irama kesuraman berterusan..
menekan dan menginjak jiwa ini..

luluh..
hakis..
pedih..
jari jemari ku patah..
silap langkah menari..
tarian y di benci..

keracauan berterusan..
ketempikan hati..
keteriakan bergegar..

ku lapangkan hati..
ILAHI ku tundukan diri..
pohon keresahan di pagari..
di penjara rapi..
semoga hati ini..
terus tenang bersemadi..

amin..



nukilan kayjogja

Read More...

IrAma kEsuRaMAn..

jari jemari menari..
mengikut rentak..
mengikut irama..
rentak dan irama kesuraman..

tarian y sukar ditafsir..
dimengerti tidak..
meruntun,meronta..
jiwa menentang..
menolak kenyataan..
y x seindah perkhabaran..

menarilah penari..
biarpun ia..
irama kesuraman..
hayatilah ia..
musnahkan cengkaman..
emosimu..

irama,lagu dan jiwa..
xdapat dipisahkan..
kerana penari paham..
kekuasaan bukan di tgn nya..
tp di tangan RABBUL IZZATI..

berjuang dan terus berjuang..
menari mengikut irama kesuraman..
membunuh jiwa y xtegar..
mengasah jiwa y cekal..

teruskan menari..
mengikut irama kesuraman..

Read More...

Tuesday, April 29, 2008

tEkANan eXaM !!..

tekanan menguasai diri..
hampir lemas sudah ak..
sebelum ni paras pinggang..
mlm ni..
5 deria rasaku hilang..
ke hidung smpai..
sesak..kelam..gempita..

emosi memberontak..
ingin bebas katanya..
istighfar dan tasbih setia..
setia mengawal..
setia mengawasi..
emosi y rakus..
dipenjara di jirim kelabu dan putih..

ya RAHMAN,
ya RAHIM,
teguhkan hatiku..
tenangkan gelisahku..
lapangkan kesesakan.
keserabutan,kebuntuan..
dlm jiwa dan minda hamba mu ini..


kepada pelajar2 pendidikan sains biology UPSI..especially sem 4..tabah n sabar dengn ujian..mungkin da hikmah di sebalik pihak pengurusan akademik membuat jadual xam subjek Biodiversity n Evolution of monera,protist,algae,fungi n plantae sama harinya dengn subjek morfology n histology of plantae..teruskan usaha..semoga berjaya esok..

Read More...

sELaMaT eXaM...

menguasai tekanan n tension xsemudah menguasai sifir,ia memerlukan kosentrasi jiwa,minda dan emosi-kamil(2008)

selamat berjuang dan berperang untuk semua pelajar ipta n ipts yang ambil xam..slamat berjaya..usaha,doa tawakal pada ALLAH..:)

Read More...

Monday, April 28, 2008

menarilah wahai si jari!!...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

syukran ke hadirrat ILAHI dengan nafas yang diberikan dan tenaga yang masih berbaki, memberikan aku waktu untuk menaip..jiwa ni memberontak memaksa jemari menari di keyboard..semoga blog ini menjadi wadah ilmu bg insan yang dahagakan dan kehausan ilmu untuk memacu kehidupan di dunia pnuh cabaran ini..rakan-rakan di alu-alukan memberi sebarang karya untuk di post di dlm blog ni..semoga perkongsian ilmu membawa kita kearah keberkatan ILAHI..

Read More...